Tuesday 8 October 2013

masa untuk ucapkan selamat tinggal!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ini merupakan hari terakhir aku di tempat ini...tempat menimba segala ilmu sejak 3 tahun yang lalu..bermacam-macam yang sudah ku lalui selama disini...pahit getir,suka duka...di library sambil men''download'' movie2 sebelum pulang ke kampung halaman.....rindunya pada tempat ni nanti...tak tahulah adakah lagi waktu untuk ke sini lagi....kengkawan semua dah beransur balik..cuti kami cuma 1 bulan sebelum bermula practical selama 2 minggu setengah..

sebenarnya aku kurang rindu pada kawan2 ku..aku lebih rindu pada permandangan serta wifi disini..huahuahua..kejam doh statement ni...lepas ni jaranglah aku mengupdate blogger aku....sedey doh... T_T....paling sedih sekali tak bolehlah aku menikmati lagu hindustan serta movie dengan kadar semalaman....huahuahua....

harap2lah result nanti tak mengecewakan aku...sedey la kalau dapat result terok....sedih mak bapakku...aku naklah tengok time graduate nanti mak ngan bapak bahagia dengan keputusan aku..family is my priority....another things tu lain hari boleh kira....hehe

cobalt blue.....rindu padanya........aku takkan dapat lihat dia lagi...sedeyy....meskipun aku takkan nampak dia lagi,tapi ingatan aku akan tetap pada dia..aku tak nak ubah hati pada sesiapa lagi buat masa ini...biarlah terisi dengan bayangan dia sahaja...bila tiba masanya,aku pasti akan jumpa dengan orang yang sepatutnya...mungkin dia atau yang lebih dari dia,in sha Allah...






#p/s i will miss my roomate,housemate, classmate, and soulmate.....dan segala mate....yang pasti bukan mate...matik...sumpah seram dengan mate tu..hakhak

Sunday 6 October 2013

Last Payyyper.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...






harini merupakan hari terakhir untuk aku menduduki final exam ku...subjek kimia...subjek yang ditarukkan harapan sepenuhnya..meskipon subjek harapan, namun aku masih tak study lagi dek berikutan kepenatan yang panjang semalam...seharian aku dan juga kawanku bertukus-lumus dalam menjayakan jamuan makan antara kami....berbbq dengan kawan di rumah sewa..


boleh dikatakan ,ia akan menjadi salah satu kenangan dalam hidupku.. kawan-kawanku sudah mulai mengepos ucapan perpisahan di fb, twitter... tapi aku still steady...relaxlah ..last exam tak habis lagi...memang tak dinafikan agak sayu untuk meninggalkan bumi tempat kami menimba ilmu ni..tapi pertemuan dan perpisahan itu lumrah manusia...



Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar hidup aman sentosa
Moga kita berjumpa lagi lain masa



#p/s aku tak mula packing barang lagi..waduh2 banyaklah keja nak kena  urus nantii....apa yang penting,berjuang untuk lassttt payyypppper dulu...jyeeaah


Monday 30 September 2013

Debaran melanda..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..





today is monday..hari pertama dalam setiap minggu dan juga merupakan hari pertama final exam semester ini...final kali ni juga merupakan final bagi final exam aku sepanjang berada di sini..selepas ni,tiada lagi exam dan kuliah di kampus lagi... perasaanku bahagia berbaur sedih..hiba dan teruja turut menerpa di dalam hatiku saat ini....

semalaman aku tak dapat tidur...insomnia agaknya aku ni..abah cakap aku ni gabra je lebih..biasalah symptom2 exam..kesimpulannya,studylah dari awal..jangan study di saat-saat akhir..setiap exam aku selalu cakap macam tu,tapi hakikatnya aku tetap ulang benda yang sama..haha...tak ambil pengajaran dari hal yang sudah berlaku..in sha Allah akan aku cuba di lain kali...



macam ni lah keadaan aku dalam dewan besar tadi.. sejibik haha...sedut semuanya di malam hari,pada masa menjawab soalan,aku muntahkan semua yang dah disedut semalam..kekeliruan tu yang menjadi punca aku tak boleh menjawab soalan...bantai jelah..hentam kromo..yang penting jangan ditinggalkan kosong ruangan jawapan ..mana tau lecturer baik nak tolong bagi sikit-sikit markah kan..hehe

#p/s abis menjawab,ginilah jadinya..stressss...nyesal dulu pendapatan,nyesal kemudian tak berguna.......time balik tetiba teringat kat CB...rindu serindu rindunya..kena fokus dengan exam dulu beb..caiyokkk!!



Wednesday 25 September 2013

tommy yummy..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..


harini ini sudah masuk hari kedua untuk minggu study week aku..nama aja study week,week  ja yang study, aku tak study lagi pon. apakan daya, diminggu study week pon kami masih lagi dibelenggu dengan lab report, jurnal dan reflection bagai...manalah boleh study dengan aman jikalau benda-benda ini tidak diurus lagi... in sha Allah ,malam ini aku boleh mula study dengan aman..haraplah boleh bermula malam ini...






#p/s sekarang, misi aku ialah untuk memasak..kebuluran,feveretku tommy yummy..

Saturday 21 September 2013

hilang di dalam cinta ini..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..













harap semua yang membaca blog ini menyukai perubahan blogku ini..lagi happening kan blog ni???manusia pon ada perubahan,apatah lagi blogku ini..

today, aku rasa nak tuliskan beberapa rangkap pantun..lama tak mengarang pantun..windu giler zaman sekolah dulu rajin main pantun-pantun ngan kawan-kawan..


pergi ke pekan membeli tali,
tali kuberi pada hanapi;
harini hatiku gembira sekali,
melihat dia di dalam mimpi.

singgah sebentar di rumah zamri,
mahu mengambil durian seguni;
rindu padamu tidak terperi,
hanya engkau saja tak tahu perasaan ini.

mat jenin memanjat pokok kelapa,
pak maon menari tak ajak bini;
tidak mampu kukata apa-apa,
 ku sudah hilang di dalam cinta ini.


hehe..bantai pantunku..dah lama tak practice,kering dah idea...bagi aku,bahasa puitis ni indah sangat...lagi best kalau diguna time nak masuk meminang ke,nak mengorat anak dara ke,nak menyindir yang berlapik ke...sedap la untuk didengari..memang dasar insan retro la aku ni..hehe










next,aku sharekan lirik lagu dari filem hindi yang aku suka hasil dari penyair yang aku suka...gulzar...tajuknya yaaram means my friend..

I am an item of great value, my friend
Take me as Your apprentice, my friend
I am an item of great value, my friend
I'll wake You up before the sun does
And all the news from the newspaper, I will sing
Then I will present hot tea to you
If You don't like any news, then I shall change its ending

When Your mouth is wide-open and yawning, I will snap my fingers near it
I'll not let sunlight fall on You, I'll open the umbrella
Behind You all day, I will walk carrying Your office in Your briefcase

Your files, Your dairy
Your car keys, Your spectacles
Your laptop, Your cap
And my heart, my spinster heart
This heart is lost in love
And my heart, my spinster heart
This heart is lost in love

There's risk in saying all this, my friend
Don't get angry, it's love, my friend

Even if its night, day, evening or afternoon
With my eyes closed, I'll take You and go to sleep
Let the pillow and the blanket remain fragranced 
If You go then I will smell Your fragrances
Tangled in Your hair, I will set the ear-ring free
If I accidentally pull Your ears, I'll hear Your sweet abuses
Choosing Your foot-prints, I'll put my foot-steps in them


Your heart-beats are heard by Your heart
In Your breath there is shivering
I'll not weave garlands of flowers 
My heart, It's lost in love poor thing
My heart
The heart's lost in love poor thing

# p/s lagu ni antara lagu2 favorite aku...kalau dalam mp3 aku, boleh dilihat lagu hindi lebih dari lagu-lagu yang lain..orang selalu tanya,faham ke dengar lagu hindi? of cozla faham...dan untuk nak faham,mestilah kena translate dulu,baru faham...macam lagu english jugak la kan..apa yang penting ,lain orang lain seleranya,so just follow jelah apa kata hati kita...

Friday 20 September 2013

terkilan agatt..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

officially ,sudah habis minggu kuliah dan minggu depan akan bermula mula study week..penutup bagi kuliah pada hari ini ialah dengan annual dinner untuk kami..event yang paling gempak..agak berterabur oleh sebab planing dalam masa yang singkat but not bad...

cuma,di sini aku agak terkilan ngan sesetengah budak...malas nak aku ulas panjang2..i'm not that types ,so better satttap ja...biar la aku sentap ,daripada aku meruap...jadi diri sendiri dan tak perlu nak jadi orang lain..itu yang penting...

mood aku dari awal dah tak ok,so aku cuba melayan diri,cuba menyepikan diri..aku sedar diriku siapa..aku manusia tak sempurna ,banyak cacat cela...tapi aku cuba tanam dalam hati aku,sabar,ada hikmah atas semua..nangis la cukup sekadar dalam hati..biar kita yang memendam perit2 tu sendiri..

dari awal aku cuba mengawal agar tak memandang ke angle2 yang tak sepatutnya...awalnya tercontrol..bila masa pulak dah,aku terpandang angle yang dangerous,then terus terpandang2...jari aku dah banyak kali kena cucuk dengan jarum tadi,nak bagi warning kat diri....tapi tak jalan jugak cara ni..maki hamun diri pon banyak kali dah...padahal aku nak sangat hijab mataku tertutup dari memandang sesiapa..namun tetap juga terpandang...sakit bila tiap kali terpandang...mengingatkan aku pada yang lebih menyakitkan lagi..sudah,stopping talking bout this...



apa yang penting,after final exam,i will never nampak diorang lagi lepas ni...sabarlah wahai hati..3 weeks lagi,then packing bag untuk balik kampung......and looong holiday..practicle..

sebenarnya
aku ingin melupakanmu
ingin membencimu
tak ingin memandangmu lagi

aku ingin membunuhmu
dari fikiranku
pergilah kau jauh dariku

#p/s dapat idea dalam bas...asalnya nak buat lirik lagu..tapi terpaksa menjadi puisi....apa yang terjadi,biarlah tertinggal di situ saja..

Thursday 19 September 2013

ary yunk bushan...(yuckkk!!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



oleh sebab nak menanah mata ni tengok background blogger aku yang macam nak berkabung ni,so aku buat some changes untuk menceriakan dan menambahkan semangat aku nak berblogger selepas ini..black color still ada, bcoz i and black color takkan terpisah!!new story,aku minat lolita style pulak sekarang nie tapi yang Gothic lolita la ...more pink sebab nak jugak rasa diri ni feminin...gurlish gitu,haha

for information, today is the last day aku ke kelas untuk kuliah sebelum menghadapi final exam..oww,masa berlaku cepat sekali tanpa aku sedari,dah tiga tahun di tempat nie...after this, tak akan ada kuliah dah,habis final exam, we will going for practical pulak.. pastinya aku merindui kawan-kawan persejuanganku di sini..

sebut pasal kawan-kawan,aku teringat akan seorang sahabat lelaki,satu kuliah denganku..apa yang akan aku ingat pasal dia nanti ialah short form dia @ bahasa sms nya...titew ase titew cumil agatt...ary yunk bushan...titew lapaw lerrw..ecop kenew anta ecaimen...yucck..naik berbulu telinga aku...gediknya mengalahkan perempuan pulak aku tengok..haha,tak pelah asalkan dia bahagia dengan hidupnya sendiri...nanti dah takkan jumpa ngan dia dah...
ini bukan lelaki gedik..ini jejaka pilihan malaya...budak2 rumah semua gila kat dia..#cintajannah
present to you all,aeril zafrel..


# p/s  aku sebenarnya rindu kan family lebih dari kawan sebenarnya..yang paling bestnya,bonding between aku dan emakku kuat sangat...kalau terdetik je kat hati ni,rindu kat mak, conform mak akan call aku..macam tau2 je aku tengah fikirkan emakku..bukan sekali sekala,tapi banyak kali dah terjadi camni..hehe..that is miracle, i love my mum soooooo much...


Wednesday 18 September 2013

sudah berpunya ke belum??sabarlah...

assalamualaikum dan salam sejahtera..

lama sudah tidak dicoret di blog ini...kebiasaanlah seorang student akan busy..tambahan pula untuk akhir-akhir semester,memang tidak dapat dinafikan..aku dah lama memendam dan sekian lama tak meluahkan..tetiba ada mood untuk meluahkannya malam ini..so,carry on jika dapat mengurangkan bebanan fikiranku...



sejujurnya ,aku jeles dengan kawan-kawanku yang sudah berkahwin,bertunang serta yang sedang berkenal-kenal dengan pilihan mereka...siapalah aku untuk mengajukan persoalan-persoalan mengenai masa depan..layakkah aku berfikir mengenai mendirikan masjid jika aku tidaklah sesiap mana dalam menempuhi hal yang akan datang... ketakutan mula terbayang apabila aku cuba mencongak masa depanku..

soal hati dan perasaan merupakan hal yang complicated bagi seorang remaja...komitmen dalam sesebuah perhubungan itu sesuatu yang berat..penjagaan batas-batas pergaulan dan perkenalan lagi..penting antara kedua-dua pihak...jappp,apa yang aku nak merepek ni??haha...

pendeknya,sakit di hati ni takkan hilang dengan mudah....aku berdoa pada Allah,tutuplah hijabku agar takkan nampak dia lagi jika dia memang bukan jodohku...aku lebih rela buta dari melihat dia lagi...jauhkan aku sejauh-jauhnya,dan bagi aku lupakannya..semoga hal remeh temeh gini takkan mengganggu final exam aku..final exam kali ni penting sangat....and i will try the best...muet pon lepas hidung je...terimalah qada dan qadar yang dah tertulis buatku..

sudahlah,jangan dibazirkan air mata untuk orang yang tak sepatutnya...yakin bahwa Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita..mungkin terasa kesunyian sekarang,biasalah tu...jika kita sabar,in sha Allah,ada hikmahnya  nanti..itulah yang cuba aku pegang ketat2...

#p/s jangan pening2 pikir hal yang tak berlaku lagi..baik fikir pasal exam yang bakal kunjung tiba...keep calm and and start study for exam...jyeaahh

Thursday 5 September 2013

cahaya merah di langit.

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ini hari jumaat yang mulia,penghulu segala hari,juga merupakan jumaat terakhir dalam bulan syawal..terbaca tweet pasal ni tadi sebab tulah aku tahu..

kali pertama aku mngupdate entry pada waktu pagi..usually aku akan post entry time tengahmalam..bak kata kawanku, ''kau kan zombie vs vampire''...zombie tu iyalah..kalau vampire tu tak taulah dari mana...aku bukan minum darah pon,nak kata boleh terbang pon tak boleh,gigi taring pon aku tarak... hehe tak habis lagi pasal zombie....addict betul la aku ni..huhu

 baru aku sedar yang aku sentiasa dalam dunia fantasi...manakan tidak,zombie lah.vampire lah, superhero lah....always daydream...tapi kalau ini yang mampu mereleasekan tension aku,apakah daya?ikutkan sajalah..sejak bila tah aku mula meminati lagu yang lapuk-lapuk macam Gun & Roses-Patient, Delta Spirit-Yamaha nih.... semua ni pengaruh zombie...grrrrr...

tapi aku sememangnya insan yang meminati muzik-muzik retro..for me,old is gold....without oldest,cammana yang youngest ni nak muncul kan...aku paling minat lagu melayu lama,english lama,lagu hindustan lama pon best jugak..setiap lagu itu pasti ada kenangan nya pada kita..contohnya kalau lagu lovebug-jonas brother tu,lagu kenangan antara aku dan kawan-kawan sekolah aku dulu,setiap kali terdengar je lagu tu,terus teringat kat diorang...memory la katakan....ada yang tak suka dengan lagu kegemaran aku...apa yang aku boleh cakap,''lantaklah ,telinga aku yang nak guna untuk dengar lagu tu,aku bukan guna telinga kau pon''....setiap orang mempunyai minat yang berbeza..so,hormati sudahlah...tak suruh mengikut pon...

aku tulis macam ni bukan niat nak marah kat sesiapa,tapi cumalah meluahkan pandangan sahaja...tiada kaitan dengan sesiapa pon..cumalah kata-kata..

ok,long time tak buat ayat puitis,so here you are...



cahaya merah menerangi langit
tatkala sang mentari mahu terbenam
aku melihat keindahan illahi
aku tergamam sambil berkelana

ku lihat sang burung mulai terbang
terbang kembali ke sarang mereka
hatiku gembira berbunga riang
sesekali mengamati keindahan tuhan

kenderaan kecil dan juga besar
memenuhi lorong-lorong di setiap jalan,
semuanya ingin pulang ke rumah
untuk berehat setelah selesai pekerjaan

jika benar firasat sang hujan
bahwa langit yang mendung terkandung hujan
kan ku bawa payung dalam perjalanan
supaya tak basah ketika kehujanan

# p/s time balik dari kuliah..aku terfikir ayat ni....no more love...it's all bout zombie..grrrrr

Blue becoming red!!

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

kesibukan beberapa minggu ini membuatkan aku tak sempat mengupdate entry baru..boleh dikatakan makan tak sempat,tidur tak cukup,mandi tak basah,boleh dikatakan semuanya dah tak normal...aku ni dah macam zombi,cuma aku tak sampai tahap makan otak oghang lagi ja..haha...it's all bout zombie...

sebenarnya aku sekarang lagi addict dengan satu movie....huyaaa...cannot forget this movie...aku tengok movie ni dua hari yang lepas,but i still cannot forget it,becoz first time i watch human falling love with ZOMBIE....so romantic la...hehe 


lelaki ni watak utama..nama dia R...dia sendiri pon tak ingat nama dia...merupakan zombi yang bosan dengan kehidupan zombinya hinggalah suatu hari dia ketemu seorang gadis bernama Julie lalu menyelamatkan Julie dari zombi yang lain...R membawa Julie ke zon zombi ..R mulai menyukai dan mengasihani Julie apabila dia memakan otak boyfriend Julie,Perry...setiap kali R memakan otak Perry,dia dapat melihat memori Perry bersama Julie..perasaan bersalah mulai menguasai R..
Julie pula mulai senang dengan kehadiran R di dalam hidupnya tanpa mengetahui R ialah penyebab kematian boyfriend nya...hmm,pendeknya,R mulai transform menjadi manusia apabila his bodies still cold but his heart becoming warm..menjadi manusia semula disebabkan cinta...cinta memang boleh mengubah seseorang(hanyalah kata-kata)...dapatkah cinta R,si zombi dan Julie manusia biasa bersatu?tengoklah sendiri...mana boleh cerita,hehe..

yang pasti Warm Bodies better than Twilight..bagi akulah....vampire vs zombie..hehe

# p/s mampu melupakan sebentar hal-hal yang tak patut aku ingati....i changed my colour but you still be my true colour...i hope so.. Blue becoming red...it's all bout zombies...













Tuesday 27 August 2013

dunia fantasiku..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

hari-hariku semakin hambar sejak kebelakangan ini...mungkin moody kali...sabarlah wahai hati....
so,aku nak lari sebentar dari masalah-masalah...jom mula mengarang ayat-ayat puitis..punyalah semangat nak karang,tetiba pulak pancit idea..atoyaiiii.....apalah nak tulis malam ni...

malam ini seorang diri
merenung langit yang cerah
kesunyian tanpa sesiapa disisi
hanyalah kedengaran sang cengkerik menyanyi

tanpa disedari
aku hanyut ke dalam dunia khayalanku
jauh dari tempat ku berdiri

gunung yang kebiruan disebabkan salji
hawa yang dingin menyelimuti tubuhku
permandangan yang sungguh indah
tak dapatku lupakan sehingga kini

air laut yang kehijauan
membuatku tenang menikmati ciptaan Illahi
sekumpulan ikan bermain-main di kaki
terasa gelinya di tapak kakiku

taman berseri bermacam bunga
aneka warna tidak terkira
dipetik sekuntum ku letak di tepi telinga
terbau harumannya hingga ke senja

terjagaku dari dunia fantasiku
pabila terasa deruan angin
menampar kuat pipiku
seolah-olah menyuruhku kembali
kembalilah ke alam yang nyata...

fuhhh...complete...haha..dah berkarat dah aku ni..kes dah lama tak karang ayat puitis..don't worry..practice make perfect...i will try..haha speaking london tengah-tengah malam..aku nak share some poem dari my favorite poet...Gulzar...from india...and i love his poet...ececeh...


Breathing...


What kind of a habit is breathing
What kind of a tradition is it to keep on living
Not even a slight movement in the body anywhere
No shadow in the eyes
The feet are stunned, they keep on moving
There is a journey, that keeps on flowing
For how many years, how many centuries
Keep on living, keep on living

Habits are such strange things…


# p/s after this.aku akan share banyak poet Gulzar saab ni....kalau yang ok dan menarik tu ,aku share nanti...semoga aku boleh buat sajak yang best macam dia...amin....

Monday 26 August 2013

angan-anganku

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

alhamdulillah allah masih memberiku peluang untuk bernafas untuk hari ini..syukur ke hadrat illah...
menjadi seorang manusia merupakan sesuatu yang sukar buatku...manusia jauh berbeza dari haiwan..manusia ini allah jadikan dengan kelebihan akal fikiran...lain pula dengan haiwan yang tak dianugerahkan akal...sebab itulah allah jadikan manusia ni khalifah di bumi allah..tetiba aku terfikirkan hal sebegini..

manusia pula ada bermacam-macam ragam...kekadang kita sendiri tak dapat memahami apa yang sebenarnya kita mahukan...oleh itu,seringlah kita tersasar dari matlamat hidup..aku akui aku juga tidak dapat lari daripada masalah ini...

selain diberikan akal,manusia juga diberikan perasaan...perasaan gembira,benci,marah,suka,hampa,gelisah,takut dan sebagainya..kita juga tidak dapat lari daripada menyakiti perasaan sesiapa secara sedar atau tidak sedar...aku juga akui aku pun tidak dapat lari dari masalah sebegini..



sebenarnya aku cuma nak cerita yang aku dalam mood yang tak berapa baik...tapi mukadimahnya panjang bebenor..terasa hati dengan kawan-kawan itu memang adat berkawan la..mula-mula kenal, memanglah kita tak tau baik buruknya..tapi bila dah lama berkawan baru nampak belangnya...

aku pula jenis yang suka menyendiri..buat hal dalam bilik senyap-senyap tanpa mengganggu hal privasi orang...setiap manusia memang takkan sempurna...aku ni juga banyak kelemahannya..tapi bila sampai tahap mereka mengenali aku types yang bagaimana,itu yang membuat aku tak gemar untuk rapat dengan sesiapa...that's okay if u u really me,but the problem is, perlu ke nak kutuk dan memepersendakan aku??di hari aku mampu menahan,in sha allah,aku boleh tahan..di hari aku nak meletup,mampukah aku menahan lagi?

salah satunya ialah hobiku....terus terang aku katakan hobiku setiap hari ialah berangan-angan..kalau aku tak berangan dalam satu hari.something wrong la dengan aku..sejak dari kecil lagi,memang tak boleh dipisahkan...tambahan dengan lagu jiwang-jiwang macam lagu hindustan...memang gempak gila lah angan-angan aku...but,not everytime,every minutes,every seconds aku akan berangan..kalaulah aku tak berangan,manalah nak wujud blog mengarut aku nih...

tapi apalah ertinya hidup tanpa angan-angan dan cita-cita?aku sering membayangkan apa yang bakal terjadi pada masa hadapan...barulah nampak gambaran apa yang perlu kita lakukan nanti...bukan sekadar syok sendiri...lantaklah apa yang diorang nak cakap..yang pasti,aku akan buktikan yang angan-anganku bukan macam angan-angan mat jenin..akan ada yang menjadi kenyataan nanti..in sha Allah...semoga Allah qabulkan..amin...

oleh sebab rimas diperlekehkan sebegini rupa,aku mulai menghangatkan hobi lama aku yang dah lama terhenti...iaitu melukis...aku suka hal-hal yang berkaitan dengan seni...senilah sebenarnya hidup aku,style aku...tapi aku nak mencuba draw anime..

# p/s  today cuma luahan perasaan yang terpendam...panjang benor,sampai boleh sambung-sambung pulak untuk hari kedua..haha

Sunday 25 August 2013

tension!!

assalamualaikum dan salam sejahtera..

sudah seminggu aku tidak mengupdate entry...seyies i'm busy sangat...sangat.....sampai nak tidur pon tak cukup...nak makan pon tak sempat......semua benda tak menyempat disebabkan oleh assignment,quiz,lab report yang hari demi hari semakin menimbun...

alangkah stressnya aku rasakan selama 3 minggu berturut-turut ini..3 minggu tidurku tak menentu...semuanya harus disubmit pada tarikh yang sama membuatkan aku kelam kabut untuk menyiapkannya secepat mungkin..rasanya mau aku pergi ke hutan selama seminggu untuk merelies tension...tengok permandangan mampu membuat kita yang sedang stress ni relax..

satu lagi cara nak hilangkan stress kita ialah dengan mengingat orang tersayang...contohnya ibu bapa kita,someone ke...

kau jauh di sana
aku masih di sini
jarak inilah
menjadi penghalang antara kita

sejak kali pertama melihatmu
mataku tak mampu lagi
memandang selain darimu

cukuplah sekadar ini
luahan dari hati yang merindumu

# jiwang kejap,sebab stress ngan kerja...CBMU!!

Tuesday 20 August 2013

#pray4egypt..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

aku mulakan hariku dengan senyuman.. ^_____________^ senyuman yang selebarnya...kerana mendapat mimpi yang indah..hehe...memang patut pun kita mesti sneyum setiap hari apabila bangun dari tidur...ini salah satu cara kita nak memotivasikan diri...

dalam senyuman pun ada juga kegelisahan,kesedihan dan kekecewaan...aku katakan begini kerana aku sedih melihat saudara-saudaraku di mesir..apakah nasib mereka akan berterusan..? sedih bila aku tonton video kekejaman terhadap mereka...apa salah mereka sehingga dibunuh dengan kejamnya? berbunuhan sesama islam....tanpa sedikit pun belas kasihan...Ya Allah...semoga mereka yang gugur syahid mendapat syurga di sana kelak...jika tentera-tentera mereka menggunakan senapang dan peluru sebagai senjata,kelebihan kita sebagai orang islam ialah doa...doalah merupakan senjata yang satu-satunya yang kita mampu berikan kepada saudara-saudara kita di mesir...semoga Allah tabahkan hati mereka dalam menempuhi dugaan yang besar ini..

• Maksud Simbol 4.

1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang medan demonstrasi Pro Demokrasi dan legitimasi Presiden Mursi di Medan Rabiatul Adawiyah (Rabi'ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian, (angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai kemerdekaan.

2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyep Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras 'massacre' yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat legitimasi rakyat, Dr Mursi.

3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Mursi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir.

Ayuh kita lancarkan PERANG MEDIA dan DOA ke atas kezaliman ini. Kedua-dua ini adalah senjata kita paling kuat yang mampu menembusi apa jua sempadan dan kita mampu melakukannya !

Ayuh, tunjukkan solidariti kalian! Sebarkan.

"Kamu cukup bertuah kerana menjadi seorang manusia dan dilayan seperti manusia, tidak seperti rakyat Mesir yang sudah dinafikan asasi manusia oleh mereka yang sudah hilang erti kemanusiaan !

You are lucky enough to be a man and being treated like humans, not like the Egyptians who have been denied their human rights by those who have lost their humanity !


Empat (rabi'ah) perkara dalam perjuangan menegakkan Islam:

1. Allah matlamat kami.
2. Rasul ikutan kami.
3. Al-Quran panduan kami.
4. Mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami!

Semoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam di Dataran Raba'ah, Mesir!

#CukuplahAllahBagiKU
#mesirkini
#R4BIA



Thursday 15 August 2013

E.R.A dilancarkan!!

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

harini merupakan hari yang dipenuhi dengan kemalasan berganda,mengantuk,angan-angan dan ke'blur'an yang menebal..mau rasanya aku lari jauh dari kehidupan aku barang sebentar..malas nak ambil tahu hal realiti...tapi apakah daya demi family tercinta dan memikirkan masa depan diri sendiri,aku cuba rajinkan diri..U CAN DO IT!!

harini jugak officially aku mengisytiharkan projek E.R.A....Emotion Restriction Arrangement!!  aku dan dua lagi kawanku terlibat dengan projek mengarut nie..idea tercetus dari NAA..tapi aku yang menambah rencah dan perasa..hekhek..projek ini mengenai kami tiga sekawan berjanji tidak akan terlibat dengan apa-apa perasaan suka @ cinta pada lelaki (crush) sehinggalah tamat pengajian kami untuk satu tahun lagi..bagi yang mengingkari terma dan syarat,dia akan memebelanja ahli-ahli makan la nanti...hehehe..

nampak agak-agak sewel,tapi benda nilah yang kawan aku buat time sekolah....inilah bakal jadi kenangan kami bersama nanti...lagipun aku memang tiada masalah ngan projek ni..aku on ja...padahal dalam hati ada terselit seseorang...tipu-tipu sikit la,bukan diorang boleh baca isi hati aku pon...hekhek

jauh dalam lubuk hati aku,mana mungkin aku lupakan CB...setiap hari terfikirkan dia...time naik bas,time nak tidur,time dalam exam...memang terbayang-bayangkan dia...hidup aku penuh dengan angan-angan..angan-angan jugak merupakan sebahagian dari aktiviti harian aku...so,sorry to say la....aku memang partially dalam E.R.A ni...yang pasti aku memang tak ada hati ngan lelaki lain..semoga setia pada dia sepanjang masa bujangku... ^_^


siapa,dimana,bagaimana dan bila
sering bermain dibenakku
fikiranku sering terganggu dengan persoalan ini

siapakah yang bakal mencuri hati ku ini?
adakah dia begini dan begitu?

dimanakah ku akan menemuinya?
adakah disana atau disitu?

bagaimanakah caranya ku akan bertemuinya nanti?
adakah dipenuhi dengan seribu senyuman atau beribu-ribu kemasaman mencuka?

bilakah  pula aku akan ketemunya buat yang pertama kali?
adakah jauh lagi jarak masanya atau sudah hampir masanya?

berulang-ulang kali persoalan ini berlegar dimindaku
mengharapkan akalku mampu untuk menjawab persoalan ini
tapi pada hakikatnya tidak tercapai akalku

kini kuserahkan semuanya
biarlah qada dan qadar yang berbicara mnegenainya
akan ku sabar menanti
karna kesabaran sesuatu yang indah
dan akan membuahkan sesuatu yang menguntungkan...
berdoa yang terbaik semoga
persoalan itu dijawab dengan jawapan yang indah

# p/s aku dah mula nampak projek ni akan jadi hangat-hangat tahi ayam....tapi aku tetap nak continue sebab nak bagi semangat kepada mereka-mereka ini...NAA dan ANA..

CBMU always.. xoxo..

Tuesday 13 August 2013

selamat hari raya!!

assalamualaikum dan salam sejahtera...

belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin meskipun harini sudah hari raya ke tujuh..cuti seminggu di kampung halaman sememangnya tidak puas bagiku..more thing yang aku abaikan sepanjang cuti ni..contohnya assignment dan test..ahahaha...cuti bagiku untuk menjauh dari segala hal tersebut..semalam aku dah mula pulang ke tempat perantauan...untuk meneruskan pembelajaran..

seterusnya,ingin ku ceritakan hari rayaku tahun ini...alhamdulillah ok2 je...perancangan agak tak berjalan lancar...tak pelah ikut jelah apa kata mak..memang terasa agak spoiler tahun ini...malas nak ku kupas lebih lanjut..biarlah benda dah berlalu..cuma aku berharap semoga hari raya pada tahun depan takkan berulang lagi hal sebegini..soal makanan dan pakaian memang menjadi topik yang penting..raya ni memang berterabur tema warna baju raya...asalnya nk berjubah,akhirnya berkurung jugak..bab makanan pulak,tahun ni satu rumah aja yang aku jumpa almond london...sedey nye,nak buat tak sempat,kempunan la aku tahun ni..ahahaa..menu special pagi raya semestinya nasi impit dan kuah kacang...kalau mak yang buat,memang A la kan..hehe......pada umur yang meningkat dewasa ni,masih ada lagi yang sudi memberi duit raya...alhamdulillah,syukur sangat...memang tau-tau aja poketku sudah kering...dapatla ringankan beban aku nanti..terima kasih saudara-saudaraku sekalian... ^___^

apa-apapon hidup harus diteruskan...pembelajaran akan diteruskan seperti biasa...dan aku masih dalam mood raya....malas betul...omaigadd..

di hari lebaran yang mulia
ku menyusun kedua-dua tanganku
memohon kemaafan
andai tersilap kata dan terlanjur bicara
kerna aku hanya manusia biasa
yang sering melakukan kesilapan
minal aidin wa faidzin...

# p/s  lepas raya banyak kerja yang hendak dibuat..semoga Allah permudahkan urusan-urusanku yang bakal mendatang...Aminn..CBMU..blink blink..

Friday 2 August 2013

sedetik yang terlebih

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

harini merupakan jumaat terakhir di bulan ramadhan untuk tahun ini....memang pantas masa berlalu...hampir sebulan sudah kita berpuasa...tapi sebulan tu rasa kejap sangat...esok aku akan pulang ke kampung...tak sabar rasanya...saat ini perasaan sedang berbelah bagi..gembira sebab nak dekat raya tapi rasa sedih nak tinggalkan ramadhan...takut tahun epan tak sempat nak jumpa ramadhan lagi....apa yang pasti,ramadhan tahun depan,situasi aku memang aku berbeza daripada situasi sekarang..time tu aku dah habis pengajian diploma di sini..ya pastilah aku rindukan saat-saat di sini...
jauh betul aku terbayang..hehe..:D

pabila hadirnya dirimu,
hidupku yang kelam menjadi cerah kembali
hatiku yang luka terubat kembali
aku seakan bernyawa kembali
mampu untuk menghadapi dunia sekali lagi

jika dahulu ku merasa
waktu ku seakan kosong
hambar tanpa ada yang memenuhi
tapi kiniku merasa
waktu ku terlebih sedetik
sedetik itu,merupakan
detik kau mulai memasuki hidupku

tanpaku sedari
kau telah menambahkan sedetik di setiap hariku
hingga menjadikan hidupku dipenuhi dengan
detik-detik bersamamu
dan tiada lagi kehambaran dalam ruangan hatiku

meskipun kau jauh dariku
tapi setiap detik yang terlebih itu
senantiasa bermain di dalam benakku

#p/s kawan-kawan semua dah balik kampung...persoalannya,aku bila lagi???bersabarlah wahai hati...


Thursday 1 August 2013

balik kampung..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

minggu terakhir merupakan minggu yang memenatkan bagi aku..membilang hari nak pulang ke kampung..sesungguhnya roh aku sudah sampai ke kampung terlebih dahulu  sebelum jasadnya...mana tidaknya,dalam kelas terbayang stesen bas...memang berat nanang doh pong...

kebanyakan kawan-kawan dah mula beransur pulang ke kampung..jumaat nanti,sunyilah kampus nanti..bunyi daun kering jelah yang boleh didengari..hurmmm..nak balik kampung jugak la....

lupakan sebentar mengenai balik kampung, hobi aku ketika masa lapang ialah men''stalker'' orang.. tapi itu ku lakukan kalau bosan sesangat..adalah time tu tertarik nak stalk kawan-kawan lama...tak sangka ada yang dah bertunang,dah kawin siap ada anak pon ada jugak..dalam hati ni berasa jelez betul..awal-awal dah kawin..mungkin jodoh mereka ni awal...ingatkan perempuan aje yang selalunya kawin awal ni,rupanya lelaki pun ada jugak yang berkawin awal..aku senantiasa doakan semoga bahagia hingga ke jannah... :D

#p/s persiapan untuk balik kampung tak dimulakan lagi..maybe besok baru datang angin rajin nak mnegemas..

Monday 29 July 2013

saat yang genting..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hariku semakin busy apabila menghampiri penghujung ramadhan..dengan study untuk test nya,dengan lab report nya lagi...dengan memang sangat busy..balik raya nanti pon cuma untuk seminggu...memang tak puaslah nak beraya dengan family...  T_T

naik daripada cuti raya nanti, aku akan lebih bertambah busy...kalah perdana menteri..haha..busy dengan test 2,lab report,quiz,presentation serta aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan nanti...bagi orang yang tak reti nak bersabar,maka susahlah nak harungi dugaan dan rintangan hidup nanti..aku berharap aku boleh bersabar untuk satu semester lagi sebelum memasuki semester enam iaitu latihan industri..

stop talking about study...ibadat di sepuluh malam terakhir pun dugaan sebenarnya..mananya kita nak study lagi,nak qiam lagi...nak masak untuk sahur lagi..oleh itu,masa itu memang emas...bernilai sangat..jangan dibuang sewenang-wenangnya..tambahan time bulan ramadhan ni,cuma setahun sekali je dapat bertemu..jadi memang rugilah kalau tak berebut nak buat ibadat banyak-banyak,kejar malam lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil...



ketika aku sedang menikmati pemandangan di luar tingkap...aku sempat lagi berangan-angan tadi..so,sedikit coretan aku masukkan kali ini...

berbaju melayu berwarna biru
berbaju kurung berwarna ungu
hatiku rindu terkenangkanmu
harap kau disana pun juga begitu..

jauh di mata tapi dekat di hati
semoga Allah sentiasa memberkati
walaupun kau tidak pernah mengetahui
biarlah disimpan perasaan ini

hatiku dan juga hatinya
kalau berjodoh tak akan kemana


kertas kajang kertas conteng
tanya kemana mau diberi
wajahnya tenang pabila dipandang
hatiku menjadi senang sekali

kupandang langit kupandang gunung
jelas terbayang wajah tenangmu

gurindam jiwa buat tersayang
tatkala si dia jauh disana
walaupun bunyinya tidaklah sama
asalkan difahami oleh sesiapa..


#p/s  tak pernah aku mengharap sesiapa baca entry-entry aku...ini semua sekadar luahan di kala bosan..ada yang benar ada yang sekadar hiasan..


Sunday 28 July 2013

Nyalaan Pelita ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

seperti biasa,tengahmalam ialah waktu sesuai untuk aku mengepos entry-entryku..sebab time inilah idea-idea baru nak muncul...kebetulan ,jiran sebelah rumah mulai memasang pelita minyak tanah di halaman rumah..nampak cerah dan meriah taman perumahan kami..bak kata orang,bulan ramadhan cerahkan rumah..barulah malaikat nak masuk...tambahan 10 malam terakhir bulan ramadhan...

Bulan ramadhan bulan yang mulia
      Bulan untuk menambah pahala
Membaca al-Quran jangan dilupa
      Semoga Allah ampuni dosa..

singkaplah tabir
di sepuluh malam terakhir
berlumba kita mencari keredhaanNya
sesungguhnya malam al-Qadar adalah lebih baik daripada malam seribu bulan...

pada masa yang sama jugak,angan-angan yang indah mulai datang..time untuk buat entry baru,,hak hak..

ku lihat di luar jendela
nyalaan pelita menerangi halaman itu
terasa indah pada pandangan mataku

alangkah indahnya jika kau pun juga
berada disebelahku menyalakan pelita
sambil tersenyum kau berkata
kau terangi hidupku seperti pelita ini menerangi laman ini

ku tersenyum sendiri mengenang anganku
terasa sungguh jauh perginya
walaupun hakikatnya ku masih disini
di halaman ini menunggu dirimu...

#jomlah kejar malam lailatul qadar..jgn pulak kejar shopping mall sebab nak cari baju raya!!

Saturday 27 July 2013

cinta atau obsesi?



Assalamualaikum,salam satu malaysia..


entry kali ini,ada sedikit perkongsian coretan hidup mengenai kisah cintanya....yang baik diambil sebagai pengajaran,yang buruk dijadikan sempadan...tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..


sewaktu di usia kanak-kanak,tak pernah aku fikirkan perihal hati dan perasaan ini...seingat aku,menjengah ke alam sekolah menengah,baru ada perasaan terhadap kaum adam...tapi di waktu itu,aku gelarkan cinta monyet ialah gelaran yang sesuai buat aku...cinta yang syok-syok sendiri,senyap-senyap..kononnya nak pendam perasaan..baru kini aku sedar itu cuma obsesku terhadap si adam itu...perasaan yang kononnya kuat itu sudah menghilang mengikuti masa yang berlalu..

di alam universiti,aku bagaikan mendapat nyawa tatkala sang adam menjegah ke dalam hidupku ketika itu..kakiku rasanya macam tak cecah tanah..sentiasa berangan-angan...diberi pula harapan,lagilah menggunung perasaan itu..namun memang lumrah manusia,habis madu sepah dibuang...dah bosan agaknya berkenal-kenalan denganku,sang adam mulai menjauhkan diri..buzy kononnya..tapi aku setia menanti,menantinya seperti biasa...lama-kelamaan jarak dan masa mulai mempengaruhi perhubungan kami...kurasakan sang adam tidak seperti dahulu lagi..tidak lagi semesra sang adam yang dahulu lagi...baru kusedar ini bukan cinta yang aku ingini..hatiku disakiti dengan kata-kata sinis sang adam...mulai saat itu,hatiku patah seribu...cuma tuhan yang lebih mengetahui..bertapa sakitnya hati ini tatkala itu...ku mulai isytiharkan ,tiada mana-mana sang adam yang akan menembusi tembok yang aku bina ini..pandanganku pada kaum adam mulai menyerong ...kurasakan semua sang adam ialah sama sahaja...ku mulai membenci kaum adam..

masa bergilih ganti..benciku masih menebal lagi..kusalahkan si adam atas kesalahan ini,tanpa menilai kesilapan diri ini..

pada jangka waktu itu,memang sudah lama ku benci seorang adam ini..dan memang sikapnya memandang wanita luar dari biasa..pandangannya yang tajam itu mengundang seribu satu persoalan dalam benakku..adakah dia miang,atau aku yang perah santan?? inginku biarkan,tapi memandangkan dia juga sang adam,pengaruhnya kuat untuk membuatku membencinya....sangat membencinya..terlampau membencinya..benci ya amat...ku mencari tahu hal sang adam agar dapat ku panaskan bara benci dihatiku...

masa pun berlalu,tanpa ku sedari,hati ini sudah terpaut kepadanya...puasku nafikan perasaan ini...tidakku sangka,orang yang amatku benci menjadi orang yang amat aku sukai...jauh dari dalam sudut hatiku ini,aku menyesal membenci sang adam..jika kutahu aku kan menyukainya suatu hari nanti,sudah pasti takkan aku membencinya dari dulu lagi..takkan wujud perasaan cinta ini terhadapnya..aku dapat tahu yang dia mempunyai teman wanita..agak luluh hatiku,tapi aku seakan dapat menerima kenyataan bahawa ini salahku..biar aku yang menanggung silapku kerana mencintai sang adam itu sesudah membencinya secukup rasa..perjalanan hidupku diteruskan seperti biasa..masalah-masalah menjadi medium untukku menyibukkan diriku...peristiwa itu berlaku..di luar jangkaanku...hatiku berbunga-bunga riang...walaupun aku tahu hati sang adam milik orang lain,tapi hatiku tetap riang tatkala kami mulai akrab..

akhirnya,seperti kisah-kisah yang lalu,aku mengundur diri,tak sanggup untuk disakiti lagi...pedihnya akan ku tanggung sendiri,semoga perasaanku terhadap sang adam akan pupus mengikut waktu...kuputuskan biarlah tuhan yang menentukan semua ini...takdir dan suratan hidupku mengikuti kehendak yang maha satu....








                Sedarilah bahawa luka hatimu itu mengikut sedalam cintamu, dan nilai cintamu seharusnya mengikut nilai siapa yg kamu cintai.

Bagaimana kamu menyerahkan seindah-indahnya cintamu kepada orang yang tidak jujur dan tidak berkuasa untuk memberi cinta dan bahagia? Allahurabb......Dan bagaimana mungkin engkau berharap kepada orang yg sampai hati membuatmu bersedih dan menangis?


Maka, alihkanlah arah cintamu dari orang yg tidak baik bagimu itu, kepada ALLAH Tuhan yg Esa dan sentiasa menyayangi kita. DIAlah ALLAH yg memberi segalanya. Cinta kepada Rasulullah SAW yg sentiasa berkorban untuk kita semua. Dahulukan ALLAH, hanya untuk DIA.


Pasti, ALLAH akan memberi yg terbaik untuk kita. Apa sahaja yang datang dalam hidup ini akan menjadi kebahagiaan dan kenikmatan. Walaupun ianya perit dan sakit di mata orang lain. Tapi ALLAH letakkan bahagia dalam hati kita. Dan ia benar-benar bahagia.

Demi ALLAH, itulah kebahagiaan sebenar. Biarlah orang yg tak pandai menghargai kita itu dengan hidupnya sendiri. Do'akan kebahagiaan dirinya.

Allah Allah..Allahu Allah...


#P/S kejarlah cinta Allah melebihi cinta manusia..

Friday 26 July 2013

MR.D ---> cObaLt bLUe..

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

ku taip entry ni waktu mata yang mula nak malam sebab tak cukup tidur semalaman..kesilapan teknik untuk study membuatkan aku merana sakit satu badanku...tulah,orang study smart,bukan study hard...ni last minit baru nak datang mood nak study tu...so,coretan kali ni mengisahkan wanita dan cinta...setiap wanita mempunyai impian untuk merasa mencintai dan dicintai...tipulah kalau tiada perempuan yang tak mahu rasa dirinya dicintai..namun begitu,cinta kepada Illahi jangan dilupakan sama sekali..


Aku bukanlah wanita berparas jelita,
Aku bukanlah wanita yg kaya harta,
Aku juga bukanlah wanita yg punya tahta,
Aku wanita apa adanya,Aku tidak sedermawan Khadijah,
Aku tidak setegar Fathimah,
Aku tidak sepintar Aisyah,
Aku wanita apa adanya,
Aku hanya seorang wanita yang menginginkan kesederhanaan cinta.
Aku tidak menilai rupa,Aku tidak menilai harta,
Aku tidak menilai tahta,
Aku hanya ingin cinta yang sederhana,cinta yang berlandaskan keridhoan-Nya.
cinta yang mengharapkan syurga dari-Nya,cinta yang akan membawa keberkahan & kebahagiaan dalam hidup,
Aku berharap kelak diperbatasan waktu 
Aku dipertemukan oleh insan pilihan-Mu seseorang yang hatinya terpaut pada-Mu,seseorang yang mengikuti jejak Rasul-Mu,seseorang yang mempedomani kitab-Mu,seseorang yang akan menerima kekuranganku yang akan membimbing hidupku,yang akan mlengkapi hari-hariku,yang akan menahkodai bahtera cintaku,yang mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku,
Aku ingin mencintainya secara sderhana tanpa menyusahkannya,tanpa membebaninya,Aku berharap dia juga mencintaiku secara sederhana...,sederhana 
Aku mencintainya,biarlah saat ini Aku menyemai cinta bersama-Mu,menyemai kerinduan akan wajah-Mu,sebelum bertemu dengannya diperbatasan waktu..

#p/s Setiap Pertemuan ada perpisahan

Bertemu dan berpisah kerana ALLAH


harap aku dapat melihatnya lagi..sememangnya mustahil,tapi jika memang berjodoh,kemana pun kami berada ,pastikan bertemu jua..jika dia terbaik untukku,dekatkanlah kami..jika dia bukan yang terbaik buatku,jarakkanlah kami,dan bagilah aku kekuatan untuk melupakannya... your new nickname--> CObaLT bLuE  wink wink...(sebab baju awak warna biru time tu) 

Sunday 21 July 2013

yesterday...

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..Alhamdulillah aku sudah selesai dengan urusan muet semalam..something happen semalam  dan aku akan kenang sampai bila-bila...this is about me and him...harap tiada yang tau pasal hal ini...tak nak sebut depan sesiapa dah.. i'm fallen in love with one guy...first time i saw him time nak amek muet kat KL...dia pakai baju melayu warna biru ,tunggu depan pintu masuk.. i'm just feeling nothing sebab mungkin time tu nervous lebih dari segalanya..time terpandang dia,my heart says 'how cute...muka childish ' then i'm just waiting dalam bilik kuarantin in about a few minutes.not looking at him or anybody...i'm just borak-borak dengan kakak yang sebelah aku..then,after 1 hour,my turns to do speaking...tidakku sangka cempedak menjadi nangka, i having group with  2 mens. actually 3 mens but lucky me, time tu sorg laki x datang...so, just follow the flow jelah..depan aku si dzul yang memakai baju melayu berwarna biru..face to face with him..whoooaaa..bedebo jantong den..sebelah dia kawan dia maybe....time diorang bercakap,aku bagi la respond positive such as, menggangguk,pandang diorang..bagi semangat la...tapi time aku bercakap,hammmpeh..haha...pandang paper jelah..time dia bercakap,aku pandang la muka dia..fuh,dah la cute,putih,pandai BI pulak tu..full package..sape tak nak...indah time tu,kelat pon time tu jugak..habis group discussion,aku terus lari meninggalkan tempat tu...malu gila kot tergagap depan diorang...setelah selang seminggumya,aku kena menghadapi muet yang bersisa iaitu selain speaking la..time datang awal pagi tu untuk reading.datang lambat.agak gelabah.nasib nampak kakak tu..pinjam pensil kat dia,cehhh,kalau aku tau awal-awal,aku pinjam kat dia pon tak ape..doing all dengan tenang..writing agak hancusss..tak practice manalah nak boleh jawab..so lastly,listening..kami kena tu nggu hampir 3 jam untuk stereo sampai ke bilik test kami..sepanjang tu.penantian menyeksakan la...sejuk aircond + ngantuk tak cukup tidur + segan dengan all people dalam room tu..so,i'm just doing nothing..dia mengantuk agaknya..dia lenturkan badan ke belakang...rapat sangat dengan aku..mulanya nothing effect me..sebab tengok dia pegang handphone..maybe ada gf kot..biarla...makin lama makin kerap dia buat macam tu....aku dah resah dh...dia luruskan lengan baju melayu dia yang warna purple belang-belang hitam..dia lenturkan badan dia ke belakang lagi..aku ni dahla tengah boring,ngantuk....sabar jelah,aku pon berangan-anganla lagu hindustan..sempat je lagi..tapi aku tetap nampak dia mengeliat lagi....whooooaa....tibalah time listening..agak problem jugakla sebab first time.....abis listening,pengawas exam pon kutip kertas..adala student yang tanya pasal kertas conteng tu...aku pon resah jugak..kena ke kutip jugak kertas tu?aku ada la berbisik di hati,pusingla belakang...lama lepas tu,tetiba dia pusing belakang....tanya aku kertas conteng tu kena bagi jugak ke?aku pon katalah tak payah bagi...dalam hati aku ni macam nak pecah jantung aku..kawal jelah kesyokkan tu..abis tu kami pon balik..terpisah la aku dari dia..aku tekad nak cari dia....aku akan lancarkan misi mencari Mr.D...semoga dapat jumpa dia suatu hari nanti..aku takkan pernah lupakan wajahnya...kalau ada jodoh aku dengan dia,in sha Allah ,aku akan bertemu dengan dia ,suatu hari nanti...sekarang...penam perasaaan tu dalam-dalam..perasaan terhadap Mr.D

#p/s misi mencari MR.D dilancarkan!!haha

Wednesday 17 July 2013

#swag!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..first entry ku selepas hampir sebulan aku memasuki semester baru..Khamis 18/7/2013 4 pagi aku starting berblogger...time orang nak bersahur pulak tu..hari ke 9 ramadhan .. for information,this is my last semester before i have to do practical and finish my study in diploma..pejam celik dah hampir 3 tahun aku di alam universiti..macam-macam yang aku dah rasa sepanjang berada di sini...haraplah di tahun akhir ni,kenangan yang sweet-sweet je yang tinggal..tak nak simpan kenangan yang pahit tu..

Malam tadi,aku menghadapi test pertama untuk semester ini..teknik dalam makmal kimia..question in subjective... buat la mana yang mampu..yang penting usaha...nak posting sikit pasal perasaanku hari ini..sembang-sembang dengan kawan buat aku teringat kenangan silam..kenangan yang cuba aku lupakan..dia ni buat aku feeling lain macam malam ni..buat aku tak boleh tidur malam..berkaitan dengan hati dan perasaan,ini memang sensetif bagi seorang perempuan.. aku tak nafikan aku juga punya perasaan..tapi memang sekarang aku buang fikiran dan perasaan tu jauh-jauh..demi pelajaranku...demi mak dan ayahku...demi mengejar cita-citaku.. 

kolam airmataku sudah pecah
tatkala kau menyapa senyuman di wajahnya
hatiku ini hancur berderai
bagaikan kaca jatuh ke lantai

hanya tuhan yang mengetahui
betapa bertaburan hatiku
bagaikan debu-debu yang dibakar
dan ditiupi angin bayu

ku percaya yang bakal menanti
jauh lebih baik,lebih matang dan melebihi segalanya darimu
berharap bayangannya sering berkunjung di ruangan mimpi 
kekaburan wajahnya,tetapi keutuhan jiwanya
mungkin dapatku rasakan di dalam mimpiku

ku hanyutkan kenangan yang lalu
bersama botol yang berisi rahsia 
rahsia perasaanku terhadapmu dahulu
di sungai yang paling terpanjang di dunia ini
agar tidak kutemui kembali
coretan kisah perasaan yang dahulu

#swag :lama tak buat coretan..so,agak broken sikitla ayat ni...hurmm
kesimpulannya,jangan cakap orang sewel..last2 kita yang sewel... sekian..

Friday 1 March 2013

Puisi Malam Ini...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..harini merupakan hari sabtu,pukul 5.30 pagi aku tulis blog ni..nampak sangat x berubah tabiat tidor lewatku..but this week, straight aku bagnun awal sebab penuh dengan test,quiz,dan lab report..naik lunyai dah kepala aku untuk study minggu ni,biotechnology,conservation  biology,organic chemistry and segala bapak punya subjek..heavy punya subjek yang aku kena cover untuk kali ini...selama 2 bulan lebih aku x update apa2 kat sini sebab terlalu sibuk dengan hal2 study aku..alang2 dah lama x story mory,so, aku  nak mula story events yang jadi kepadaku dalam minggu ini..

pergi ke kedai membeli pukat,
pukat dibeli di kedai pak mat;
diriku ini sudahla penat,
menanti sem 4 bilalah nak tamat.

this week:
isnin,skipping class..time kimia asas Dr Azmi selalu terlepas kelas..bad thing about me..bilalah nak berubah secara totaly...i will try later..Dr,i beg to you, janganla tanya sebab apa aku x datang..ingat kelas pukul 11.dah planning elok dah..tengok2 class pukul 10.memang ah x ada bas nak ke kampus baru dah,so,aku ke kedai membeli tomato,cendawan,dan pes tomyam...planning for making tomyam..balik tu, do esaimen sampai abis..call ammy tanya macammana nak buat tom yam..midnight,kawan2 study untuk test, aku relax je,macam nothing will happen to me,padahal aku ni cuak tahap gaban,stress tahap banggang,sebab tula masak and makan je tomyam tu..dah kompius dah hari apa aku akan buat apa..
jumaat,biotech class and electric class..quiz for biotech,nasibla aku study dari belakang..kalau tidak,masakla aku nak menjawab semua soalan tu..then,electric lak, revision pasal circuit and better lecture from En Ikhwan..Chek Liah gelakkan rambut En Ikhwan..haha..that's funny ok..then,merempit balik dengan syaza naik motorsikal..singgah di kedai ais blended.. kempunan menatang ni lama dah,finally dapat jugak.. then ,singgah kedai metro dan sebelah nya itu..boleh guna baucer buku untuk beli baju dan beg dan kasut..rambang mata sangat...sampai termimpi-mimpi time tidor petang tu..haha..malamnya,ada test conservation biology,tajuk yang x disuruh baca pon turut masuk jugak,nasibla logik akal aja..kalau tidak,aku x boleh jawab dah la..balik singgah dolma a.k.a somtam...seafood + milo = x makan tengahmalam dah..2 hari x makan nasi..ni jela baru makan nasi..dari awal tadi duduk depan lappy then gossip dengan bilik nengnong..sampaila sekarang..seharian yang memenatkan..next week merupakan last week to study before final exam...x sabar nak balik cuti...ah,tired now,so,need to sleep now after luahan padamu wahai blogging ku..nah pantun dua kerat dari aku..

ada kurap ada kudis,
ada masa,aku tulis.

Puisi malam ini..

kebeningan malam tiada syak lagi
diriku kini diselubungi sepi
terfikir dikau si jantung hati
yang kewujudanmu tidak ku ketahui lagi

semakin lanjut usiaku
semakin kuat keinginanku
mahu menggapai impian yang ku ingini
dalam kesuksesan pelajaran dan perasaan hati
namun manusia kerap sekali
melakukan kesilapan berulangkali
begitu juga diri ini
tidak terlepas dari kesilapan insani

kugarap puisi untukmu sang pencinta
sambil menunggumu di hadapan pintu
pintu pertemuan antara jalan menggapai impian atau
pintu menghampiri kegagalan

mencintaMu Ya Allah menandingi segalanya
tiada tandingan dapat ku kata
engkaula Yang Maha Kuasa
Maha Bijaksana
setiap yang berlaku ada hikmahnya
In Sha Allah, akan kuterima dengan redhanya..



Tuesday 8 January 2013

Sekadar Perkongsian..




Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Entry kali ini,aku nak sharing coretan yang aku baca dari sebuah sumber...agak menarik dan puitis ayat-ayatnya..cubalah korang hayati ayat-ayat ni...mungkin ada yang terkesan di hati...tapi bagi aku memang mendalam juga maksudnya... so, just read and hayatilah yea...huhu ^ ^









Buat Remaja :
"Sekali kita melangkah ke alam percintaan, sepuluh kali kita mundur dalam pelajaran dan beribu kali DIA, kita lupakan.."

Buat Manusia :
"Sesaat yang berlalu takkan kembali tetapi ia tetap akan diperhitungkan.."

Buat Hamba :
"Mati itu pasti, hidup tak pasti lagi.."






>> Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda : "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat...." (Riwayat al-Bukhari)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda : " Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan Bumi ; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tirmizi)






Perbezaan Antara Perasaan Suka dan Cinta.

<3 Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita kan gembira.


<3 Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.


<3 Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


<3 Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita kan tunjukkan imej diri kita yang sebenar.


<3 Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.


<3 Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.


<3 Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.


<3 Perasaan cinta bermula dari mata. Perasaan suka pula bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata.







Bicara Mengenai Cinta..
Layakkah kita menagih cinta insan seandainya cinta Tuhan belum tergapai? Sedangkan cinta Allah adalah segalanya, cinta Rasul lambang cinta kepada-Nya, cinta ibu bapa tulus selamanya, cinta saudara ukhwah kerana-Nya dan cinta pada’nya’ pelengkap kasih-Nya…Hamparkanlah cinta kepada Yang Selayaknya..Jadi,jika mengharap cinta sejati, dambalah kasih Ilahi, itulah cinta hakiki...Tepuk dada, tanya iman, tanya akal fikiran, tanya hati, tanya diri sendiri…Sejauh manakah taraf cinta kita ini?


Cinta Itu Indah.. Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah.. Bila Tujuannya Kerana Allah.. Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. :)


JiKa engkau suDah mengenal ALLAH,

maka cukUplah ALLAH di hatimu,

WaHai hati, engKAu mengakui

mencintai ALLAH, sedangkan engKau

berMaksiat kepaDa-Nya,

wahai jiWa, bukankah seoRang pencinta

akan tunduk kepada yang diCintainYa??


Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi Islam! Jiwa pemuda yg sepatutnya berkibar bak singa di padang pasir mjd kuncup kerana terjerat dgn percintaan.. Jiwa pemudi yg sepatutnya disirami dgn kesopanan dan kesolehan di dada mjd kotor dek cinta yg ternoda..


Antara nafsu dan iman, sering menjadi pilihan..antara Allah dan syaitan, penentu kekuatan iman.. antara dunia dan akhirat, dua2 kena seimbangkan.. andai nafsu, syaitan dan dunia semata-mata bermaharaja dalam diri, itu membuktikan betapa tandus dan kontangnya cinta kita terhadapNya..


Serahkan cintamu pada ALLAH, kelak, kau takkan kecewa..salurkan rindumu pada Rasulullah, nescaya kau akan merasa bahagia..suburkan sayangmu pada Ibu Bapa, pasti kau gembira melihat mereka..siramlah perasaan kasihmu pada Sahabat-sahabat yang mengalirkanmu ke jalan kebenaran..bersihkanlah HATImu untuk bertemu dengan sekeping HATI suci pilihanNya..







Tips Bergembira...

~ "Jangan ada benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos mahupun guru dan pensyarah. Perasaan benci itu merosakkan niat dan keikhlasan anda. Ibarat 'api dalam sekam', yang akan membangkitkan pergaduhan."


~ "Jangan terlalu bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian. Don't worry be happy!!"


~ "Hidup secara sederhana adalah tuntutan agama Islam. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna, dan tidak popular tetapi sekurang-kurangnya kamu mempunyai ketenangan di hati."


~ "Jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengahrapan itu akan mengecewakan anda. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlalu mengharap yang besar dan yang tak mungkin akan menjadi milik kamu."


~ "Sentiasa bersabar dengan apa jua kerenah dan kelakuan orang di sekeliling kita. Sikap sabar dapat menenangkan jiwa dan hati kita. Sabar juga dapat mendidik kita untuk terus tekun menjalani hari-hari dalam kehidupan yang kita lalui."