Monday 29 July 2013

saat yang genting..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hariku semakin busy apabila menghampiri penghujung ramadhan..dengan study untuk test nya,dengan lab report nya lagi...dengan memang sangat busy..balik raya nanti pon cuma untuk seminggu...memang tak puaslah nak beraya dengan family...  T_T

naik daripada cuti raya nanti, aku akan lebih bertambah busy...kalah perdana menteri..haha..busy dengan test 2,lab report,quiz,presentation serta aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan nanti...bagi orang yang tak reti nak bersabar,maka susahlah nak harungi dugaan dan rintangan hidup nanti..aku berharap aku boleh bersabar untuk satu semester lagi sebelum memasuki semester enam iaitu latihan industri..

stop talking about study...ibadat di sepuluh malam terakhir pun dugaan sebenarnya..mananya kita nak study lagi,nak qiam lagi...nak masak untuk sahur lagi..oleh itu,masa itu memang emas...bernilai sangat..jangan dibuang sewenang-wenangnya..tambahan time bulan ramadhan ni,cuma setahun sekali je dapat bertemu..jadi memang rugilah kalau tak berebut nak buat ibadat banyak-banyak,kejar malam lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil...



ketika aku sedang menikmati pemandangan di luar tingkap...aku sempat lagi berangan-angan tadi..so,sedikit coretan aku masukkan kali ini...

berbaju melayu berwarna biru
berbaju kurung berwarna ungu
hatiku rindu terkenangkanmu
harap kau disana pun juga begitu..

jauh di mata tapi dekat di hati
semoga Allah sentiasa memberkati
walaupun kau tidak pernah mengetahui
biarlah disimpan perasaan ini

hatiku dan juga hatinya
kalau berjodoh tak akan kemana


kertas kajang kertas conteng
tanya kemana mau diberi
wajahnya tenang pabila dipandang
hatiku menjadi senang sekali

kupandang langit kupandang gunung
jelas terbayang wajah tenangmu

gurindam jiwa buat tersayang
tatkala si dia jauh disana
walaupun bunyinya tidaklah sama
asalkan difahami oleh sesiapa..


#p/s  tak pernah aku mengharap sesiapa baca entry-entry aku...ini semua sekadar luahan di kala bosan..ada yang benar ada yang sekadar hiasan..


No comments:

Post a Comment