Tuesday 31 May 2016

Phir Milenge ..

Assalamualaikum..selamat sejahtera , selamat bertemu kembali..rindunya dah lama tak berblogger. al maklumlah kolej ni sukar nak mendapatkan line internet..harap hotspot dari handphone je ni.

Banyak benda nak dicerita memandangkan banyak benda dah ketinggalan.. 1 Jun 2016..banyak benda dah berlaku dalam masa 1 tahun.. bercadang nak belajar menjahit di giatmara,hanya sempat sebulan, lepas tu dapat rezeki sambung belajar untuk degree di UNIMAS Sarawak dalam bidang zoologi..hidup ni rasa macam mimpi..tak sangka betul dapat peluang lagi..bila dah masuk sini, aku join palapes rotu, airforce..maigadd..memang macam mimpi dan angan-angan aku..nais..elektif aku amek psikologi..that one sama macam impian aku...

Ya Allah,apa yang aku teringin,semua aku dapat..allah makbul doa aku...aku bersyukur sangat..now aku dah semester 2 tahun satu dah..lagi 2 tahun lagi,junior yang bakal naik intermediate dah..wow,pantas masa berlalu. sekarang dah mula habis kelas, bakal masuk study week..sem lepas pointer aku sikit sangat..harap dapat repair untuk sem ni..aku nak naikkan 3 pointer untuk sem ni..sekarang tengah struggle ngan assignment..habiskan semua,then mula study..aku tak boleh jadi macam orang. last minit study masih ok..aku lak jadi ko..

Aku baru lepas satu musibah,dan tengah bergelut ngan musibah lain pulak..first time wallet hilang,buntu aku dibuatnya. kawan-kawan yang macam kawan la..parents yang jauh hanya mampu mendengar masalah aku..aku memang tak mampu nak buat apa..cuma bergantung harap pada Allah je sepenuhnya..kad bank kena block buat aku betul-betul kering rentung. duit nak makan takde, makanan kat bilik pon tak de.. ratah milo je aku kalu lapar,makan nasi aku rasa 2 hari sekali..makan 1 kali sehari..tulah nasib aku rezeki aku buat masa ni..aku buntu dengan takde duit nak buat kad bank baru, nak beli tiket flight, dahla start naik dah harga..aku memang dah teramat buntu.untuk beli tiket, aku kena puasa dan kurangkan makan.. kalu takde tiket,kite buat salam perantaun jelah ye..sabar jela naz, ada hikmah allah nak uji aku ni.. yang penting, hati niat pergantungan tu kena sentiasa dengan Allah.


Mak aku baru keluar hospital harini, selamat lahirkan adik twin girl aku..dua-dua kena tahan dalam wad lagi..kesian gila aku kat mak abah aku..especially abah aku..3 minggu berulang alik gi hospital tengok mak aku kena tahan kat hospital..keluarga aku memang ada satu masalah yang sama. duit, kewangan..makin hari kami makin diuji ngan duit yang tak cukup..adik aku dengan caranya..gelang yang kena pajak yang bertukar surat..duit elaun aku yang menampung sikit sebanyak mak abah ngan adik aku.. sekali kena block,ngan aku sekali merasa pedihnya tak de duit..dengan kawan-kawan yang sunggoh perhatioon dengan aku..terima kasih..kan ku kenang dunia akhirot..

Si dia pulak dh berbulan menyepi.tak taula hidup lagi ke tak..mana tau pasni boleh melawat kubur dia je ke.dari bulan 3 sampai sekarang..memang memanjang buzy..rindu sasau meroyan dah tak terkata dah.papepon aku jadikan dia alasan supaya aku tak ada hati kat laki lain..cuba menjaga hati dan setia..jyeaah..harap dia pon setia dengan aku..

#p/s dah lama tak bagi p/s. dari saya tiada apa-apa.just carry on..tabahkan hati sadokan jiwa..kerana dugaan itu suatu yang biasa..ingat mati kerna hal itu pasti..