Tuesday 27 August 2013

dunia fantasiku..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

hari-hariku semakin hambar sejak kebelakangan ini...mungkin moody kali...sabarlah wahai hati....
so,aku nak lari sebentar dari masalah-masalah...jom mula mengarang ayat-ayat puitis..punyalah semangat nak karang,tetiba pulak pancit idea..atoyaiiii.....apalah nak tulis malam ni...

malam ini seorang diri
merenung langit yang cerah
kesunyian tanpa sesiapa disisi
hanyalah kedengaran sang cengkerik menyanyi

tanpa disedari
aku hanyut ke dalam dunia khayalanku
jauh dari tempat ku berdiri

gunung yang kebiruan disebabkan salji
hawa yang dingin menyelimuti tubuhku
permandangan yang sungguh indah
tak dapatku lupakan sehingga kini

air laut yang kehijauan
membuatku tenang menikmati ciptaan Illahi
sekumpulan ikan bermain-main di kaki
terasa gelinya di tapak kakiku

taman berseri bermacam bunga
aneka warna tidak terkira
dipetik sekuntum ku letak di tepi telinga
terbau harumannya hingga ke senja

terjagaku dari dunia fantasiku
pabila terasa deruan angin
menampar kuat pipiku
seolah-olah menyuruhku kembali
kembalilah ke alam yang nyata...

fuhhh...complete...haha..dah berkarat dah aku ni..kes dah lama tak karang ayat puitis..don't worry..practice make perfect...i will try..haha speaking london tengah-tengah malam..aku nak share some poem dari my favorite poet...Gulzar...from india...and i love his poet...ececeh...


Breathing...


What kind of a habit is breathing
What kind of a tradition is it to keep on living
Not even a slight movement in the body anywhere
No shadow in the eyes
The feet are stunned, they keep on moving
There is a journey, that keeps on flowing
For how many years, how many centuries
Keep on living, keep on living

Habits are such strange things…


# p/s after this.aku akan share banyak poet Gulzar saab ni....kalau yang ok dan menarik tu ,aku share nanti...semoga aku boleh buat sajak yang best macam dia...amin....

Monday 26 August 2013

angan-anganku

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

alhamdulillah allah masih memberiku peluang untuk bernafas untuk hari ini..syukur ke hadrat illah...
menjadi seorang manusia merupakan sesuatu yang sukar buatku...manusia jauh berbeza dari haiwan..manusia ini allah jadikan dengan kelebihan akal fikiran...lain pula dengan haiwan yang tak dianugerahkan akal...sebab itulah allah jadikan manusia ni khalifah di bumi allah..tetiba aku terfikirkan hal sebegini..

manusia pula ada bermacam-macam ragam...kekadang kita sendiri tak dapat memahami apa yang sebenarnya kita mahukan...oleh itu,seringlah kita tersasar dari matlamat hidup..aku akui aku juga tidak dapat lari daripada masalah ini...

selain diberikan akal,manusia juga diberikan perasaan...perasaan gembira,benci,marah,suka,hampa,gelisah,takut dan sebagainya..kita juga tidak dapat lari daripada menyakiti perasaan sesiapa secara sedar atau tidak sedar...aku juga akui aku pun tidak dapat lari dari masalah sebegini..



sebenarnya aku cuma nak cerita yang aku dalam mood yang tak berapa baik...tapi mukadimahnya panjang bebenor..terasa hati dengan kawan-kawan itu memang adat berkawan la..mula-mula kenal, memanglah kita tak tau baik buruknya..tapi bila dah lama berkawan baru nampak belangnya...

aku pula jenis yang suka menyendiri..buat hal dalam bilik senyap-senyap tanpa mengganggu hal privasi orang...setiap manusia memang takkan sempurna...aku ni juga banyak kelemahannya..tapi bila sampai tahap mereka mengenali aku types yang bagaimana,itu yang membuat aku tak gemar untuk rapat dengan sesiapa...that's okay if u u really me,but the problem is, perlu ke nak kutuk dan memepersendakan aku??di hari aku mampu menahan,in sha allah,aku boleh tahan..di hari aku nak meletup,mampukah aku menahan lagi?

salah satunya ialah hobiku....terus terang aku katakan hobiku setiap hari ialah berangan-angan..kalau aku tak berangan dalam satu hari.something wrong la dengan aku..sejak dari kecil lagi,memang tak boleh dipisahkan...tambahan dengan lagu jiwang-jiwang macam lagu hindustan...memang gempak gila lah angan-angan aku...but,not everytime,every minutes,every seconds aku akan berangan..kalaulah aku tak berangan,manalah nak wujud blog mengarut aku nih...

tapi apalah ertinya hidup tanpa angan-angan dan cita-cita?aku sering membayangkan apa yang bakal terjadi pada masa hadapan...barulah nampak gambaran apa yang perlu kita lakukan nanti...bukan sekadar syok sendiri...lantaklah apa yang diorang nak cakap..yang pasti,aku akan buktikan yang angan-anganku bukan macam angan-angan mat jenin..akan ada yang menjadi kenyataan nanti..in sha Allah...semoga Allah qabulkan..amin...

oleh sebab rimas diperlekehkan sebegini rupa,aku mulai menghangatkan hobi lama aku yang dah lama terhenti...iaitu melukis...aku suka hal-hal yang berkaitan dengan seni...senilah sebenarnya hidup aku,style aku...tapi aku nak mencuba draw anime..

# p/s  today cuma luahan perasaan yang terpendam...panjang benor,sampai boleh sambung-sambung pulak untuk hari kedua..haha

Sunday 25 August 2013

tension!!

assalamualaikum dan salam sejahtera..

sudah seminggu aku tidak mengupdate entry...seyies i'm busy sangat...sangat.....sampai nak tidur pon tak cukup...nak makan pon tak sempat......semua benda tak menyempat disebabkan oleh assignment,quiz,lab report yang hari demi hari semakin menimbun...

alangkah stressnya aku rasakan selama 3 minggu berturut-turut ini..3 minggu tidurku tak menentu...semuanya harus disubmit pada tarikh yang sama membuatkan aku kelam kabut untuk menyiapkannya secepat mungkin..rasanya mau aku pergi ke hutan selama seminggu untuk merelies tension...tengok permandangan mampu membuat kita yang sedang stress ni relax..

satu lagi cara nak hilangkan stress kita ialah dengan mengingat orang tersayang...contohnya ibu bapa kita,someone ke...

kau jauh di sana
aku masih di sini
jarak inilah
menjadi penghalang antara kita

sejak kali pertama melihatmu
mataku tak mampu lagi
memandang selain darimu

cukuplah sekadar ini
luahan dari hati yang merindumu

# jiwang kejap,sebab stress ngan kerja...CBMU!!

Tuesday 20 August 2013

#pray4egypt..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

aku mulakan hariku dengan senyuman.. ^_____________^ senyuman yang selebarnya...kerana mendapat mimpi yang indah..hehe...memang patut pun kita mesti sneyum setiap hari apabila bangun dari tidur...ini salah satu cara kita nak memotivasikan diri...

dalam senyuman pun ada juga kegelisahan,kesedihan dan kekecewaan...aku katakan begini kerana aku sedih melihat saudara-saudaraku di mesir..apakah nasib mereka akan berterusan..? sedih bila aku tonton video kekejaman terhadap mereka...apa salah mereka sehingga dibunuh dengan kejamnya? berbunuhan sesama islam....tanpa sedikit pun belas kasihan...Ya Allah...semoga mereka yang gugur syahid mendapat syurga di sana kelak...jika tentera-tentera mereka menggunakan senapang dan peluru sebagai senjata,kelebihan kita sebagai orang islam ialah doa...doalah merupakan senjata yang satu-satunya yang kita mampu berikan kepada saudara-saudara kita di mesir...semoga Allah tabahkan hati mereka dalam menempuhi dugaan yang besar ini..

• Maksud Simbol 4.

1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang medan demonstrasi Pro Demokrasi dan legitimasi Presiden Mursi di Medan Rabiatul Adawiyah (Rabi'ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian, (angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai kemerdekaan.

2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyep Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras 'massacre' yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat legitimasi rakyat, Dr Mursi.

3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Mursi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir.

Ayuh kita lancarkan PERANG MEDIA dan DOA ke atas kezaliman ini. Kedua-dua ini adalah senjata kita paling kuat yang mampu menembusi apa jua sempadan dan kita mampu melakukannya !

Ayuh, tunjukkan solidariti kalian! Sebarkan.

"Kamu cukup bertuah kerana menjadi seorang manusia dan dilayan seperti manusia, tidak seperti rakyat Mesir yang sudah dinafikan asasi manusia oleh mereka yang sudah hilang erti kemanusiaan !

You are lucky enough to be a man and being treated like humans, not like the Egyptians who have been denied their human rights by those who have lost their humanity !


Empat (rabi'ah) perkara dalam perjuangan menegakkan Islam:

1. Allah matlamat kami.
2. Rasul ikutan kami.
3. Al-Quran panduan kami.
4. Mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami!

Semoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam di Dataran Raba'ah, Mesir!

#CukuplahAllahBagiKU
#mesirkini
#R4BIA



Thursday 15 August 2013

E.R.A dilancarkan!!

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

harini merupakan hari yang dipenuhi dengan kemalasan berganda,mengantuk,angan-angan dan ke'blur'an yang menebal..mau rasanya aku lari jauh dari kehidupan aku barang sebentar..malas nak ambil tahu hal realiti...tapi apakah daya demi family tercinta dan memikirkan masa depan diri sendiri,aku cuba rajinkan diri..U CAN DO IT!!

harini jugak officially aku mengisytiharkan projek E.R.A....Emotion Restriction Arrangement!!  aku dan dua lagi kawanku terlibat dengan projek mengarut nie..idea tercetus dari NAA..tapi aku yang menambah rencah dan perasa..hekhek..projek ini mengenai kami tiga sekawan berjanji tidak akan terlibat dengan apa-apa perasaan suka @ cinta pada lelaki (crush) sehinggalah tamat pengajian kami untuk satu tahun lagi..bagi yang mengingkari terma dan syarat,dia akan memebelanja ahli-ahli makan la nanti...hehehe..

nampak agak-agak sewel,tapi benda nilah yang kawan aku buat time sekolah....inilah bakal jadi kenangan kami bersama nanti...lagipun aku memang tiada masalah ngan projek ni..aku on ja...padahal dalam hati ada terselit seseorang...tipu-tipu sikit la,bukan diorang boleh baca isi hati aku pon...hekhek

jauh dalam lubuk hati aku,mana mungkin aku lupakan CB...setiap hari terfikirkan dia...time naik bas,time nak tidur,time dalam exam...memang terbayang-bayangkan dia...hidup aku penuh dengan angan-angan..angan-angan jugak merupakan sebahagian dari aktiviti harian aku...so,sorry to say la....aku memang partially dalam E.R.A ni...yang pasti aku memang tak ada hati ngan lelaki lain..semoga setia pada dia sepanjang masa bujangku... ^_^


siapa,dimana,bagaimana dan bila
sering bermain dibenakku
fikiranku sering terganggu dengan persoalan ini

siapakah yang bakal mencuri hati ku ini?
adakah dia begini dan begitu?

dimanakah ku akan menemuinya?
adakah disana atau disitu?

bagaimanakah caranya ku akan bertemuinya nanti?
adakah dipenuhi dengan seribu senyuman atau beribu-ribu kemasaman mencuka?

bilakah  pula aku akan ketemunya buat yang pertama kali?
adakah jauh lagi jarak masanya atau sudah hampir masanya?

berulang-ulang kali persoalan ini berlegar dimindaku
mengharapkan akalku mampu untuk menjawab persoalan ini
tapi pada hakikatnya tidak tercapai akalku

kini kuserahkan semuanya
biarlah qada dan qadar yang berbicara mnegenainya
akan ku sabar menanti
karna kesabaran sesuatu yang indah
dan akan membuahkan sesuatu yang menguntungkan...
berdoa yang terbaik semoga
persoalan itu dijawab dengan jawapan yang indah

# p/s aku dah mula nampak projek ni akan jadi hangat-hangat tahi ayam....tapi aku tetap nak continue sebab nak bagi semangat kepada mereka-mereka ini...NAA dan ANA..

CBMU always.. xoxo..

Tuesday 13 August 2013

selamat hari raya!!

assalamualaikum dan salam sejahtera...

belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin meskipun harini sudah hari raya ke tujuh..cuti seminggu di kampung halaman sememangnya tidak puas bagiku..more thing yang aku abaikan sepanjang cuti ni..contohnya assignment dan test..ahahaha...cuti bagiku untuk menjauh dari segala hal tersebut..semalam aku dah mula pulang ke tempat perantauan...untuk meneruskan pembelajaran..

seterusnya,ingin ku ceritakan hari rayaku tahun ini...alhamdulillah ok2 je...perancangan agak tak berjalan lancar...tak pelah ikut jelah apa kata mak..memang terasa agak spoiler tahun ini...malas nak ku kupas lebih lanjut..biarlah benda dah berlalu..cuma aku berharap semoga hari raya pada tahun depan takkan berulang lagi hal sebegini..soal makanan dan pakaian memang menjadi topik yang penting..raya ni memang berterabur tema warna baju raya...asalnya nk berjubah,akhirnya berkurung jugak..bab makanan pulak,tahun ni satu rumah aja yang aku jumpa almond london...sedey nye,nak buat tak sempat,kempunan la aku tahun ni..ahahaa..menu special pagi raya semestinya nasi impit dan kuah kacang...kalau mak yang buat,memang A la kan..hehe......pada umur yang meningkat dewasa ni,masih ada lagi yang sudi memberi duit raya...alhamdulillah,syukur sangat...memang tau-tau aja poketku sudah kering...dapatla ringankan beban aku nanti..terima kasih saudara-saudaraku sekalian... ^___^

apa-apapon hidup harus diteruskan...pembelajaran akan diteruskan seperti biasa...dan aku masih dalam mood raya....malas betul...omaigadd..

di hari lebaran yang mulia
ku menyusun kedua-dua tanganku
memohon kemaafan
andai tersilap kata dan terlanjur bicara
kerna aku hanya manusia biasa
yang sering melakukan kesilapan
minal aidin wa faidzin...

# p/s  lepas raya banyak kerja yang hendak dibuat..semoga Allah permudahkan urusan-urusanku yang bakal mendatang...Aminn..CBMU..blink blink..

Friday 2 August 2013

sedetik yang terlebih

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

harini merupakan jumaat terakhir di bulan ramadhan untuk tahun ini....memang pantas masa berlalu...hampir sebulan sudah kita berpuasa...tapi sebulan tu rasa kejap sangat...esok aku akan pulang ke kampung...tak sabar rasanya...saat ini perasaan sedang berbelah bagi..gembira sebab nak dekat raya tapi rasa sedih nak tinggalkan ramadhan...takut tahun epan tak sempat nak jumpa ramadhan lagi....apa yang pasti,ramadhan tahun depan,situasi aku memang aku berbeza daripada situasi sekarang..time tu aku dah habis pengajian diploma di sini..ya pastilah aku rindukan saat-saat di sini...
jauh betul aku terbayang..hehe..:D

pabila hadirnya dirimu,
hidupku yang kelam menjadi cerah kembali
hatiku yang luka terubat kembali
aku seakan bernyawa kembali
mampu untuk menghadapi dunia sekali lagi

jika dahulu ku merasa
waktu ku seakan kosong
hambar tanpa ada yang memenuhi
tapi kiniku merasa
waktu ku terlebih sedetik
sedetik itu,merupakan
detik kau mulai memasuki hidupku

tanpaku sedari
kau telah menambahkan sedetik di setiap hariku
hingga menjadikan hidupku dipenuhi dengan
detik-detik bersamamu
dan tiada lagi kehambaran dalam ruangan hatiku

meskipun kau jauh dariku
tapi setiap detik yang terlebih itu
senantiasa bermain di dalam benakku

#p/s kawan-kawan semua dah balik kampung...persoalannya,aku bila lagi???bersabarlah wahai hati...


Thursday 1 August 2013

balik kampung..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

minggu terakhir merupakan minggu yang memenatkan bagi aku..membilang hari nak pulang ke kampung..sesungguhnya roh aku sudah sampai ke kampung terlebih dahulu  sebelum jasadnya...mana tidaknya,dalam kelas terbayang stesen bas...memang berat nanang doh pong...

kebanyakan kawan-kawan dah mula beransur pulang ke kampung..jumaat nanti,sunyilah kampus nanti..bunyi daun kering jelah yang boleh didengari..hurmmm..nak balik kampung jugak la....

lupakan sebentar mengenai balik kampung, hobi aku ketika masa lapang ialah men''stalker'' orang.. tapi itu ku lakukan kalau bosan sesangat..adalah time tu tertarik nak stalk kawan-kawan lama...tak sangka ada yang dah bertunang,dah kawin siap ada anak pon ada jugak..dalam hati ni berasa jelez betul..awal-awal dah kawin..mungkin jodoh mereka ni awal...ingatkan perempuan aje yang selalunya kawin awal ni,rupanya lelaki pun ada jugak yang berkawin awal..aku senantiasa doakan semoga bahagia hingga ke jannah... :D

#p/s persiapan untuk balik kampung tak dimulakan lagi..maybe besok baru datang angin rajin nak mnegemas..