Monday 30 September 2013

Debaran melanda..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..





today is monday..hari pertama dalam setiap minggu dan juga merupakan hari pertama final exam semester ini...final kali ni juga merupakan final bagi final exam aku sepanjang berada di sini..selepas ni,tiada lagi exam dan kuliah di kampus lagi... perasaanku bahagia berbaur sedih..hiba dan teruja turut menerpa di dalam hatiku saat ini....

semalaman aku tak dapat tidur...insomnia agaknya aku ni..abah cakap aku ni gabra je lebih..biasalah symptom2 exam..kesimpulannya,studylah dari awal..jangan study di saat-saat akhir..setiap exam aku selalu cakap macam tu,tapi hakikatnya aku tetap ulang benda yang sama..haha...tak ambil pengajaran dari hal yang sudah berlaku..in sha Allah akan aku cuba di lain kali...



macam ni lah keadaan aku dalam dewan besar tadi.. sejibik haha...sedut semuanya di malam hari,pada masa menjawab soalan,aku muntahkan semua yang dah disedut semalam..kekeliruan tu yang menjadi punca aku tak boleh menjawab soalan...bantai jelah..hentam kromo..yang penting jangan ditinggalkan kosong ruangan jawapan ..mana tau lecturer baik nak tolong bagi sikit-sikit markah kan..hehe

#p/s abis menjawab,ginilah jadinya..stressss...nyesal dulu pendapatan,nyesal kemudian tak berguna.......time balik tetiba teringat kat CB...rindu serindu rindunya..kena fokus dengan exam dulu beb..caiyokkk!!



Wednesday 25 September 2013

tommy yummy..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..


harini ini sudah masuk hari kedua untuk minggu study week aku..nama aja study week,week  ja yang study, aku tak study lagi pon. apakan daya, diminggu study week pon kami masih lagi dibelenggu dengan lab report, jurnal dan reflection bagai...manalah boleh study dengan aman jikalau benda-benda ini tidak diurus lagi... in sha Allah ,malam ini aku boleh mula study dengan aman..haraplah boleh bermula malam ini...






#p/s sekarang, misi aku ialah untuk memasak..kebuluran,feveretku tommy yummy..

Saturday 21 September 2013

hilang di dalam cinta ini..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..













harap semua yang membaca blog ini menyukai perubahan blogku ini..lagi happening kan blog ni???manusia pon ada perubahan,apatah lagi blogku ini..

today, aku rasa nak tuliskan beberapa rangkap pantun..lama tak mengarang pantun..windu giler zaman sekolah dulu rajin main pantun-pantun ngan kawan-kawan..


pergi ke pekan membeli tali,
tali kuberi pada hanapi;
harini hatiku gembira sekali,
melihat dia di dalam mimpi.

singgah sebentar di rumah zamri,
mahu mengambil durian seguni;
rindu padamu tidak terperi,
hanya engkau saja tak tahu perasaan ini.

mat jenin memanjat pokok kelapa,
pak maon menari tak ajak bini;
tidak mampu kukata apa-apa,
 ku sudah hilang di dalam cinta ini.


hehe..bantai pantunku..dah lama tak practice,kering dah idea...bagi aku,bahasa puitis ni indah sangat...lagi best kalau diguna time nak masuk meminang ke,nak mengorat anak dara ke,nak menyindir yang berlapik ke...sedap la untuk didengari..memang dasar insan retro la aku ni..hehe










next,aku sharekan lirik lagu dari filem hindi yang aku suka hasil dari penyair yang aku suka...gulzar...tajuknya yaaram means my friend..

I am an item of great value, my friend
Take me as Your apprentice, my friend
I am an item of great value, my friend
I'll wake You up before the sun does
And all the news from the newspaper, I will sing
Then I will present hot tea to you
If You don't like any news, then I shall change its ending

When Your mouth is wide-open and yawning, I will snap my fingers near it
I'll not let sunlight fall on You, I'll open the umbrella
Behind You all day, I will walk carrying Your office in Your briefcase

Your files, Your dairy
Your car keys, Your spectacles
Your laptop, Your cap
And my heart, my spinster heart
This heart is lost in love
And my heart, my spinster heart
This heart is lost in love

There's risk in saying all this, my friend
Don't get angry, it's love, my friend

Even if its night, day, evening or afternoon
With my eyes closed, I'll take You and go to sleep
Let the pillow and the blanket remain fragranced 
If You go then I will smell Your fragrances
Tangled in Your hair, I will set the ear-ring free
If I accidentally pull Your ears, I'll hear Your sweet abuses
Choosing Your foot-prints, I'll put my foot-steps in them


Your heart-beats are heard by Your heart
In Your breath there is shivering
I'll not weave garlands of flowers 
My heart, It's lost in love poor thing
My heart
The heart's lost in love poor thing

# p/s lagu ni antara lagu2 favorite aku...kalau dalam mp3 aku, boleh dilihat lagu hindi lebih dari lagu-lagu yang lain..orang selalu tanya,faham ke dengar lagu hindi? of cozla faham...dan untuk nak faham,mestilah kena translate dulu,baru faham...macam lagu english jugak la kan..apa yang penting ,lain orang lain seleranya,so just follow jelah apa kata hati kita...

Friday 20 September 2013

terkilan agatt..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

officially ,sudah habis minggu kuliah dan minggu depan akan bermula mula study week..penutup bagi kuliah pada hari ini ialah dengan annual dinner untuk kami..event yang paling gempak..agak berterabur oleh sebab planing dalam masa yang singkat but not bad...

cuma,di sini aku agak terkilan ngan sesetengah budak...malas nak aku ulas panjang2..i'm not that types ,so better satttap ja...biar la aku sentap ,daripada aku meruap...jadi diri sendiri dan tak perlu nak jadi orang lain..itu yang penting...

mood aku dari awal dah tak ok,so aku cuba melayan diri,cuba menyepikan diri..aku sedar diriku siapa..aku manusia tak sempurna ,banyak cacat cela...tapi aku cuba tanam dalam hati aku,sabar,ada hikmah atas semua..nangis la cukup sekadar dalam hati..biar kita yang memendam perit2 tu sendiri..

dari awal aku cuba mengawal agar tak memandang ke angle2 yang tak sepatutnya...awalnya tercontrol..bila masa pulak dah,aku terpandang angle yang dangerous,then terus terpandang2...jari aku dah banyak kali kena cucuk dengan jarum tadi,nak bagi warning kat diri....tapi tak jalan jugak cara ni..maki hamun diri pon banyak kali dah...padahal aku nak sangat hijab mataku tertutup dari memandang sesiapa..namun tetap juga terpandang...sakit bila tiap kali terpandang...mengingatkan aku pada yang lebih menyakitkan lagi..sudah,stopping talking bout this...



apa yang penting,after final exam,i will never nampak diorang lagi lepas ni...sabarlah wahai hati..3 weeks lagi,then packing bag untuk balik kampung......and looong holiday..practicle..

sebenarnya
aku ingin melupakanmu
ingin membencimu
tak ingin memandangmu lagi

aku ingin membunuhmu
dari fikiranku
pergilah kau jauh dariku

#p/s dapat idea dalam bas...asalnya nak buat lirik lagu..tapi terpaksa menjadi puisi....apa yang terjadi,biarlah tertinggal di situ saja..

Thursday 19 September 2013

ary yunk bushan...(yuckkk!!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



oleh sebab nak menanah mata ni tengok background blogger aku yang macam nak berkabung ni,so aku buat some changes untuk menceriakan dan menambahkan semangat aku nak berblogger selepas ini..black color still ada, bcoz i and black color takkan terpisah!!new story,aku minat lolita style pulak sekarang nie tapi yang Gothic lolita la ...more pink sebab nak jugak rasa diri ni feminin...gurlish gitu,haha

for information, today is the last day aku ke kelas untuk kuliah sebelum menghadapi final exam..oww,masa berlaku cepat sekali tanpa aku sedari,dah tiga tahun di tempat nie...after this, tak akan ada kuliah dah,habis final exam, we will going for practical pulak.. pastinya aku merindui kawan-kawan persejuanganku di sini..

sebut pasal kawan-kawan,aku teringat akan seorang sahabat lelaki,satu kuliah denganku..apa yang akan aku ingat pasal dia nanti ialah short form dia @ bahasa sms nya...titew ase titew cumil agatt...ary yunk bushan...titew lapaw lerrw..ecop kenew anta ecaimen...yucck..naik berbulu telinga aku...gediknya mengalahkan perempuan pulak aku tengok..haha,tak pelah asalkan dia bahagia dengan hidupnya sendiri...nanti dah takkan jumpa ngan dia dah...
ini bukan lelaki gedik..ini jejaka pilihan malaya...budak2 rumah semua gila kat dia..#cintajannah
present to you all,aeril zafrel..


# p/s  aku sebenarnya rindu kan family lebih dari kawan sebenarnya..yang paling bestnya,bonding between aku dan emakku kuat sangat...kalau terdetik je kat hati ni,rindu kat mak, conform mak akan call aku..macam tau2 je aku tengah fikirkan emakku..bukan sekali sekala,tapi banyak kali dah terjadi camni..hehe..that is miracle, i love my mum soooooo much...


Wednesday 18 September 2013

sudah berpunya ke belum??sabarlah...

assalamualaikum dan salam sejahtera..

lama sudah tidak dicoret di blog ini...kebiasaanlah seorang student akan busy..tambahan pula untuk akhir-akhir semester,memang tidak dapat dinafikan..aku dah lama memendam dan sekian lama tak meluahkan..tetiba ada mood untuk meluahkannya malam ini..so,carry on jika dapat mengurangkan bebanan fikiranku...



sejujurnya ,aku jeles dengan kawan-kawanku yang sudah berkahwin,bertunang serta yang sedang berkenal-kenal dengan pilihan mereka...siapalah aku untuk mengajukan persoalan-persoalan mengenai masa depan..layakkah aku berfikir mengenai mendirikan masjid jika aku tidaklah sesiap mana dalam menempuhi hal yang akan datang... ketakutan mula terbayang apabila aku cuba mencongak masa depanku..

soal hati dan perasaan merupakan hal yang complicated bagi seorang remaja...komitmen dalam sesebuah perhubungan itu sesuatu yang berat..penjagaan batas-batas pergaulan dan perkenalan lagi..penting antara kedua-dua pihak...jappp,apa yang aku nak merepek ni??haha...

pendeknya,sakit di hati ni takkan hilang dengan mudah....aku berdoa pada Allah,tutuplah hijabku agar takkan nampak dia lagi jika dia memang bukan jodohku...aku lebih rela buta dari melihat dia lagi...jauhkan aku sejauh-jauhnya,dan bagi aku lupakannya..semoga hal remeh temeh gini takkan mengganggu final exam aku..final exam kali ni penting sangat....and i will try the best...muet pon lepas hidung je...terimalah qada dan qadar yang dah tertulis buatku..

sudahlah,jangan dibazirkan air mata untuk orang yang tak sepatutnya...yakin bahwa Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita..mungkin terasa kesunyian sekarang,biasalah tu...jika kita sabar,in sha Allah,ada hikmahnya  nanti..itulah yang cuba aku pegang ketat2...

#p/s jangan pening2 pikir hal yang tak berlaku lagi..baik fikir pasal exam yang bakal kunjung tiba...keep calm and and start study for exam...jyeaahh

Thursday 5 September 2013

cahaya merah di langit.

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ini hari jumaat yang mulia,penghulu segala hari,juga merupakan jumaat terakhir dalam bulan syawal..terbaca tweet pasal ni tadi sebab tulah aku tahu..

kali pertama aku mngupdate entry pada waktu pagi..usually aku akan post entry time tengahmalam..bak kata kawanku, ''kau kan zombie vs vampire''...zombie tu iyalah..kalau vampire tu tak taulah dari mana...aku bukan minum darah pon,nak kata boleh terbang pon tak boleh,gigi taring pon aku tarak... hehe tak habis lagi pasal zombie....addict betul la aku ni..huhu

 baru aku sedar yang aku sentiasa dalam dunia fantasi...manakan tidak,zombie lah.vampire lah, superhero lah....always daydream...tapi kalau ini yang mampu mereleasekan tension aku,apakah daya?ikutkan sajalah..sejak bila tah aku mula meminati lagu yang lapuk-lapuk macam Gun & Roses-Patient, Delta Spirit-Yamaha nih.... semua ni pengaruh zombie...grrrrr...

tapi aku sememangnya insan yang meminati muzik-muzik retro..for me,old is gold....without oldest,cammana yang youngest ni nak muncul kan...aku paling minat lagu melayu lama,english lama,lagu hindustan lama pon best jugak..setiap lagu itu pasti ada kenangan nya pada kita..contohnya kalau lagu lovebug-jonas brother tu,lagu kenangan antara aku dan kawan-kawan sekolah aku dulu,setiap kali terdengar je lagu tu,terus teringat kat diorang...memory la katakan....ada yang tak suka dengan lagu kegemaran aku...apa yang aku boleh cakap,''lantaklah ,telinga aku yang nak guna untuk dengar lagu tu,aku bukan guna telinga kau pon''....setiap orang mempunyai minat yang berbeza..so,hormati sudahlah...tak suruh mengikut pon...

aku tulis macam ni bukan niat nak marah kat sesiapa,tapi cumalah meluahkan pandangan sahaja...tiada kaitan dengan sesiapa pon..cumalah kata-kata..

ok,long time tak buat ayat puitis,so here you are...



cahaya merah menerangi langit
tatkala sang mentari mahu terbenam
aku melihat keindahan illahi
aku tergamam sambil berkelana

ku lihat sang burung mulai terbang
terbang kembali ke sarang mereka
hatiku gembira berbunga riang
sesekali mengamati keindahan tuhan

kenderaan kecil dan juga besar
memenuhi lorong-lorong di setiap jalan,
semuanya ingin pulang ke rumah
untuk berehat setelah selesai pekerjaan

jika benar firasat sang hujan
bahwa langit yang mendung terkandung hujan
kan ku bawa payung dalam perjalanan
supaya tak basah ketika kehujanan

# p/s time balik dari kuliah..aku terfikir ayat ni....no more love...it's all bout zombie..grrrrr

Blue becoming red!!

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

kesibukan beberapa minggu ini membuatkan aku tak sempat mengupdate entry baru..boleh dikatakan makan tak sempat,tidur tak cukup,mandi tak basah,boleh dikatakan semuanya dah tak normal...aku ni dah macam zombi,cuma aku tak sampai tahap makan otak oghang lagi ja..haha...it's all bout zombie...

sebenarnya aku sekarang lagi addict dengan satu movie....huyaaa...cannot forget this movie...aku tengok movie ni dua hari yang lepas,but i still cannot forget it,becoz first time i watch human falling love with ZOMBIE....so romantic la...hehe 


lelaki ni watak utama..nama dia R...dia sendiri pon tak ingat nama dia...merupakan zombi yang bosan dengan kehidupan zombinya hinggalah suatu hari dia ketemu seorang gadis bernama Julie lalu menyelamatkan Julie dari zombi yang lain...R membawa Julie ke zon zombi ..R mulai menyukai dan mengasihani Julie apabila dia memakan otak boyfriend Julie,Perry...setiap kali R memakan otak Perry,dia dapat melihat memori Perry bersama Julie..perasaan bersalah mulai menguasai R..
Julie pula mulai senang dengan kehadiran R di dalam hidupnya tanpa mengetahui R ialah penyebab kematian boyfriend nya...hmm,pendeknya,R mulai transform menjadi manusia apabila his bodies still cold but his heart becoming warm..menjadi manusia semula disebabkan cinta...cinta memang boleh mengubah seseorang(hanyalah kata-kata)...dapatkah cinta R,si zombi dan Julie manusia biasa bersatu?tengoklah sendiri...mana boleh cerita,hehe..

yang pasti Warm Bodies better than Twilight..bagi akulah....vampire vs zombie..hehe

# p/s mampu melupakan sebentar hal-hal yang tak patut aku ingati....i changed my colour but you still be my true colour...i hope so.. Blue becoming red...it's all bout zombies...