Monday 31 December 2012

Menjelang Tahun Baru..

Assalamualaikum semua..
         pertama sekali bersyukur ke hadrat Illahi kerna masih lagi memanjangkan umur kita sehingga  ke saat ini...pada tahun baru ini,tahun 2013..tahun yang In Sha Allah akan lebih bermakna lagi buat kita semua..baru je selesai buat list azam baru..azam lama pun tak habis dicapai lagi..hurmm...aku yang akan melangkahkan kaki ke alam yang lebih dewasa ,so aku berasa sedikit gentar dengan liku-liku kehidupan yang akan aku tempuhi di masa yang akan datang.. apakah yang akan berlaku dalm masa 10 tahun yang akan datang,5 tahun yang akan datang,1 tahun yang akan datang, malah sebentar lagi apakah yang bakal berlaku,entahlah,bukan dalam kuasa kita sebagai manusia yang lemah dan hina ini untuk meramal masa depan..menjelang tahun yang baru ini juga aku mengharapkan yang terbaik dari segala segi dalam kehidupan ini..

           this time aku tak nak wat ayat-ayat jiwang aku..coz aku nak share pasal buku novel yang aku pinjam kat library minggu lepas..novel yang best dibaca dan memberikan aku sedikit sebanyak gambaran mengenai keteguhan beragama meskipun berada di negara bukan islam..

           terbitan PTS Litera dan ditulis oleh Ilham Hamdani..novel yang bertajuk Hidayah Cinta keluaran tahun 2010..lama sudah novel ni..tapi baru ku korek semester ni..aku tertarik untuk baca buku ni bilamana aku baca sinopsisnya di belakang..cinta yang berunsur ketuhanan..melihatkan covernya yang menarik tu lagi menarik minat aku untuk meminjam buku ni..

          ulasan mengenai buku ini....watak-watak utama...umar thilmisani.......takahashi ayumi......zara marlisa...

Friday 28 December 2012

Cinta yang Abadi

Assalamualaikum..
coretan harini merupakan coretan terakhir utk aku update blog aku untuk tahun 2012.. cuma baki seminggu lagi untuk berganjak ke tahun yang baru...dengan harapan yang baru dan semangat yang baru.. umur pon semakin berganjak tua.. so,kenalah lebih matang lagi dalam menjalani kehidupan..oleh sebab mood aku dipengaruhi dengan cerita hindustan yang aku baru tonton harini, so agak nak menjiwang kali ni..




hidupku kini ku rasakan semakin lengkap
pabila kau mulai muncul dalam kehidupanku
bagaikan berada di taman syurga
indah tidak terperi hidupku kini

tiap kali ku menutup mataku
bayanganmu sentiasa bermain di benak pemikiranku
pernah ku cuba untuk hiraukan
tapi semakin ku hiraukan
semakin kerap bayangan mu muncul

berada dalam dakapanmu yang hangat itu
membuatku nyaman dan damai seketika
sukar kubayangkan jika ku terpaksa berjauhan denganmu
gelap gelita hidupku 
tanpa cahaya yang menyinari jalanku


memilikimu merupakan anugerah Tuhan yang terindah
ku syukuri nikmatNya 
kerna mengurniakan ku seorang yang melengkapkan hidupku
dan mewarnai hidupku yang terkadang hambar ini

semoga hidup yang lengkap ini akan bertambah lengkap lagi
pabila hadirnya tanda cinta kita
yang menjadi penghubung dan bukti 
cinta kita yang abadi..







penangan hindi memang hebat...hindi punya pasal,banyak idea yang dapat aku jana.. kiranya lagu2 hindi janakuasa aku lani..haha.. tengok permandangan pon menjana idea aku jugak..cuma jauh sikit la nak cari feel tu..baca novel pon ngam jugak..tapi apa pon,imaginasi tu lebih penting dalam setiap coretan-coretan aku..coretan kali ni lebih kepada perasaan seorang isteri kepada seorang suami..aku memang tak pernah melalui semua ni...tapi bakal aku lalui mungkin beberapa tahun lagi...haraplah .just read and think.. ^  ^

Thursday 27 December 2012

Lihatlah ..

Assalamualaikum..
memandangkan harini hari yang agak spoil buat aku,so coretan aku kali ni macam nak tak nak je..but aku still nak tulis jugak..nie hobi aku,and tak de orang leh halang aku tuk jadikan blogger ni hobi aku.. kat sinilah aku nak luah perasaan aku..tapi blog yang ni aku hadkan pada perasaan awang-awangan aku je..tu pon banyak yang aku cuma ciptakan..bukan perasaan aku 100% pon.. just nak share imaginasi aku kat sini je..okay,so jangan nak judge aku ni macam-macam sangat la kan..



ku memandang sang bulan di langit yang biru
kelihatan beberapa bintang 
yang menyinar mengelilingi sang bulan
terdetik dihatiku
betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa
terasa betapa kerdilnya diri ini
di atas muka bumi-Mu ini

kenangan ini bagaikan terulang semula
bagai pernah ku lalui malam yang sebegini sebelum ini
malam yang terasa nyaman dan indah
pada hari khamis malam jumaat..

terimbas semula kenangan itu di dalam benakku
beberapa bulan yang lalu
kau dan aku merenung sang bulan yang sama
memerhati ciptaan Illahi ini
dengan penuh teliti
kita berdua bergurau senda
tanpa menyedari kepekatan malam yang mulai menjelma

ku akui aku amat merinduimu
merindui saat-saat itu
kepingin agar saat itu dapat diulang semula

kini kau jauh dariku
kita terpisah oleh jarak dan tempat
ku berharap kau juga merinduiku 
dan kenangan itu
sebagaimana aku merinduimu dan saat-saat itu


coretan ni khas untuk adik perempuan aku yang study jauh dari aku..so,memang betul kitorang merenung bulan. ingat orang bercinta saja ke yang renung bulan ni?? aku teringat time tu open house kat rumah mak saudara aku, lepas raya puasa. kitorang makan sampai ke tengah malam sebab tunggu satay ngan bbq tu nak masak.so,jangan nak salah anggap lah,yea... 

Tuesday 25 December 2012

Perasaan yang Hadir..



Assalamualaikum,arini aku update blogku lagi..tetiba datang idea waktu tengah chat ngan member..terus aku berniat nak update..sambil taip cetusan idea aku ni,sambil aku dengar lagu hindustan..my favorite songs laa..ada lagu,bru la feeling ni dapat lebih skit..haha..lagu hindi ni,buat jiwang-jiwang aku makin berkarat..

Kau hadir dalam hidupku
tanpa aku sedari
kau buatku tersenyum sendiri
kerna terkenangkan saat-saat indah kita bersama
jauh di sudut hatiku
hanya kau yang memenuhi ruangan hatiku ini

berdekatan dengan mu
membikin dadaku sesak
umpama bernafas di dalam air
kubagai tidak mampu lagi bernafas lagi
jika kau tiada lagi di sisi

berhadapan denganmu
membikin mukaku panas
seperti pau kacang merah kegemaranku
malu pabila berdepan denganmu
tunduk memandang ke lantai bila berhadapan denganmu

bertentang mata denganmu
membikin dadaku berdegup kencang
seperti bom jangka yang sedang berdetik
menunggu masa untuk meletup

aneh betul perasaan ini
perasaan yang belum pernah kurasai sebelum ini
ramai yang pernah ku temui
tapi ku akui 
kau yang ku ingati dan ku senangi
ku berharap 
kau juga dapat rasakan apa yang aku rasakan ini


Setiap orang ada perasaan..aku pon ada juga..tapi yang paling penting,perasaan kat atas ni bukanlah perasaan aku sekarang..tak mau la berbunga-bunga sekarang ni..taip je bunga-bunga,padahal tak de pon...study dulu la,bru bercinta..bak kata mak aku.."bayar PTPTN dulu,barula boleh kawin"...hahaha,okay,ape-ape jela mak ku sayang.. ^__^

Monday 24 December 2012

Lama tidak bertemu..

Assalamualaikum,setelah cuti semester beberapa bulan yang lalu,sudah lama aku tidak berblogger..so,nak mula balik mood blogger aku ni..coretan hari ni baru aku fikirkan beberapa minit yang lepas..hmm..agak berkarat dah ayat-ayat aku sekarang dek disebabkan dah lama sekian lama tak diasah disini..






merenung ke luar tingkap
tetiba mengingatkan aku dengan kau
yang sudah lama tidak menjengah
ke dalam ingatanku sejak sekian lama

setelah sebulan ku pergi dan kembali semula
ternyata cinta ini dah mulai menghilang
sesuai dengan kehendakku
aku tidak lagi mengharapkan kau
mendambakan kau 
memikirkan kau di setiap detik ku lagi

bersyukurku kepada Illahi
kerna mengabulkan doaku
agar dapat melupakanmu
dalam masa sebulan

ku sematkan di lubuk hatiku
yang kau bukan untukku
dan tidak akan pernah menjadi milikku
kerna aku ialah milik si dia
Mr.Right ku..
ku biarkan hatiku sepi
agar ku dapat belajar setia
menunggumu
kerana aku yakin,
si dia akan datang ke dalam hidupku
pabila aku sudah bersedia untuk menerima dan memberikan cintaku 
kepada si dia.

dan engkau pula,ku jadikan sebagai kenangan 
yang pernah menjadi sebahagian dalam hidupku

Perrh,panjangkan..? saja aku nak buat panjang-panjang kali ni..nak lepaskan gian la katakan..hehe..harap dapat ubati rindu aku nak berblogger..peace yoo!! (trademark AC Mizal)
MUSIM MAHARAJA LAWAK MEGA 2012..