Thursday 5 September 2013

cahaya merah di langit.

assalamualaikum dan salam sejahtera..

hari ini hari jumaat yang mulia,penghulu segala hari,juga merupakan jumaat terakhir dalam bulan syawal..terbaca tweet pasal ni tadi sebab tulah aku tahu..

kali pertama aku mngupdate entry pada waktu pagi..usually aku akan post entry time tengahmalam..bak kata kawanku, ''kau kan zombie vs vampire''...zombie tu iyalah..kalau vampire tu tak taulah dari mana...aku bukan minum darah pon,nak kata boleh terbang pon tak boleh,gigi taring pon aku tarak... hehe tak habis lagi pasal zombie....addict betul la aku ni..huhu

 baru aku sedar yang aku sentiasa dalam dunia fantasi...manakan tidak,zombie lah.vampire lah, superhero lah....always daydream...tapi kalau ini yang mampu mereleasekan tension aku,apakah daya?ikutkan sajalah..sejak bila tah aku mula meminati lagu yang lapuk-lapuk macam Gun & Roses-Patient, Delta Spirit-Yamaha nih.... semua ni pengaruh zombie...grrrrr...

tapi aku sememangnya insan yang meminati muzik-muzik retro..for me,old is gold....without oldest,cammana yang youngest ni nak muncul kan...aku paling minat lagu melayu lama,english lama,lagu hindustan lama pon best jugak..setiap lagu itu pasti ada kenangan nya pada kita..contohnya kalau lagu lovebug-jonas brother tu,lagu kenangan antara aku dan kawan-kawan sekolah aku dulu,setiap kali terdengar je lagu tu,terus teringat kat diorang...memory la katakan....ada yang tak suka dengan lagu kegemaran aku...apa yang aku boleh cakap,''lantaklah ,telinga aku yang nak guna untuk dengar lagu tu,aku bukan guna telinga kau pon''....setiap orang mempunyai minat yang berbeza..so,hormati sudahlah...tak suruh mengikut pon...

aku tulis macam ni bukan niat nak marah kat sesiapa,tapi cumalah meluahkan pandangan sahaja...tiada kaitan dengan sesiapa pon..cumalah kata-kata..

ok,long time tak buat ayat puitis,so here you are...



cahaya merah menerangi langit
tatkala sang mentari mahu terbenam
aku melihat keindahan illahi
aku tergamam sambil berkelana

ku lihat sang burung mulai terbang
terbang kembali ke sarang mereka
hatiku gembira berbunga riang
sesekali mengamati keindahan tuhan

kenderaan kecil dan juga besar
memenuhi lorong-lorong di setiap jalan,
semuanya ingin pulang ke rumah
untuk berehat setelah selesai pekerjaan

jika benar firasat sang hujan
bahwa langit yang mendung terkandung hujan
kan ku bawa payung dalam perjalanan
supaya tak basah ketika kehujanan

# p/s time balik dari kuliah..aku terfikir ayat ni....no more love...it's all bout zombie..grrrrr

1 comment:

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    arena-domino.club
    arena-domino.vip
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete