Monday 20 February 2012

idea malam ini..

Malam Ini..

ku merindui kau lagi
walaupun kau tidak jelas lagi buatku
sering ku fikirkanmu
siapakah dirimu
bilakah hadirnya dirimu
untuk menyatakan hasratmu
untuk memperisterikan ku
ku disini setia menanti kehadiranmu
ku persiapkan diri ini buat lewati hidup denganmu
agar makna hidup kita lebih bererti
dan menuju jalan yang lebih diredhai
iaitu jalan menuju ke jalan Rabbul Izzati
semoga kita berjumpa kelak di Syurga nanti
Insya Allah, kutunggu kau disini...

(aku rasa ni sajak cinta agaknya,tetiba muncul atas kertas...magik betul!!hehe)

pendahuluan..

malam ni kali pertama aku menulis blog ini..tujuanku menulis blog ini ialah kerana aku nak luahkan perasaan,berkongsi rasa dan mungkin banyak lagi yang aku nak tulis...blog aku yang sebelum ni dah hilang, so, aku buatlah blog baru..insyaAllah,aku akan update blog ni everyday macam dairi aku jugak..tetiba je malam ni ada ilham nak tulis something..tak kisahla luahan perasaan dan pengalaman ke,nak tulis lagu ke, cerpen pendek ke..tengokla pada kerajinan aku nanti..sambil-sambil melayan lagu kat ear phone..sambil-sambil la aku cari idea nak ku tulis kat sini...aku memang banyak idea  bernas malam-malam buta ni....aku harap la blog ni tak ada follower sebab aku segan la kalo ada orang baca pasal aku dan idea-idea bernas aku ni..macam la bernas sangat..aku harap dengan blog ni aku dapat berkongsi lebih banyak lagi pasal diri aku..yang penting aku akan berusaha untuk memantapkan penulisan aku dalam berblogging ni..i luv blogging hehe ^^