Tuesday 31 May 2016

Phir Milenge ..

Assalamualaikum..selamat sejahtera , selamat bertemu kembali..rindunya dah lama tak berblogger. al maklumlah kolej ni sukar nak mendapatkan line internet..harap hotspot dari handphone je ni.

Banyak benda nak dicerita memandangkan banyak benda dah ketinggalan.. 1 Jun 2016..banyak benda dah berlaku dalam masa 1 tahun.. bercadang nak belajar menjahit di giatmara,hanya sempat sebulan, lepas tu dapat rezeki sambung belajar untuk degree di UNIMAS Sarawak dalam bidang zoologi..hidup ni rasa macam mimpi..tak sangka betul dapat peluang lagi..bila dah masuk sini, aku join palapes rotu, airforce..maigadd..memang macam mimpi dan angan-angan aku..nais..elektif aku amek psikologi..that one sama macam impian aku...

Ya Allah,apa yang aku teringin,semua aku dapat..allah makbul doa aku...aku bersyukur sangat..now aku dah semester 2 tahun satu dah..lagi 2 tahun lagi,junior yang bakal naik intermediate dah..wow,pantas masa berlalu. sekarang dah mula habis kelas, bakal masuk study week..sem lepas pointer aku sikit sangat..harap dapat repair untuk sem ni..aku nak naikkan 3 pointer untuk sem ni..sekarang tengah struggle ngan assignment..habiskan semua,then mula study..aku tak boleh jadi macam orang. last minit study masih ok..aku lak jadi ko..

Aku baru lepas satu musibah,dan tengah bergelut ngan musibah lain pulak..first time wallet hilang,buntu aku dibuatnya. kawan-kawan yang macam kawan la..parents yang jauh hanya mampu mendengar masalah aku..aku memang tak mampu nak buat apa..cuma bergantung harap pada Allah je sepenuhnya..kad bank kena block buat aku betul-betul kering rentung. duit nak makan takde, makanan kat bilik pon tak de.. ratah milo je aku kalu lapar,makan nasi aku rasa 2 hari sekali..makan 1 kali sehari..tulah nasib aku rezeki aku buat masa ni..aku buntu dengan takde duit nak buat kad bank baru, nak beli tiket flight, dahla start naik dah harga..aku memang dah teramat buntu.untuk beli tiket, aku kena puasa dan kurangkan makan.. kalu takde tiket,kite buat salam perantaun jelah ye..sabar jela naz, ada hikmah allah nak uji aku ni.. yang penting, hati niat pergantungan tu kena sentiasa dengan Allah.


Mak aku baru keluar hospital harini, selamat lahirkan adik twin girl aku..dua-dua kena tahan dalam wad lagi..kesian gila aku kat mak abah aku..especially abah aku..3 minggu berulang alik gi hospital tengok mak aku kena tahan kat hospital..keluarga aku memang ada satu masalah yang sama. duit, kewangan..makin hari kami makin diuji ngan duit yang tak cukup..adik aku dengan caranya..gelang yang kena pajak yang bertukar surat..duit elaun aku yang menampung sikit sebanyak mak abah ngan adik aku.. sekali kena block,ngan aku sekali merasa pedihnya tak de duit..dengan kawan-kawan yang sunggoh perhatioon dengan aku..terima kasih..kan ku kenang dunia akhirot..

Si dia pulak dh berbulan menyepi.tak taula hidup lagi ke tak..mana tau pasni boleh melawat kubur dia je ke.dari bulan 3 sampai sekarang..memang memanjang buzy..rindu sasau meroyan dah tak terkata dah.papepon aku jadikan dia alasan supaya aku tak ada hati kat laki lain..cuba menjaga hati dan setia..jyeaah..harap dia pon setia dengan aku..

#p/s dah lama tak bagi p/s. dari saya tiada apa-apa.just carry on..tabahkan hati sadokan jiwa..kerana dugaan itu suatu yang biasa..ingat mati kerna hal itu pasti..

Friday 30 January 2015

Resepi nyum nyum..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bila tahun baharu,pasti semua orang ingin merangka impian dan azam tahun baru..aku pon ada sesuatu yang ingin di capai tahun ini..salah satunya ialah aku mahu belajar memasak dari bundaku yang tersayang..
Bukanlah bermaksud aku ni tak tahu masak langsung..but dalam proses memperkemas skil masakan yang asas...

Teringin rasanya harini nak share resepi makanan paling aku suka dan simple gila kaedah pembuatannya iaitu Puding Roti Karamel...

Bahan-bahan :
- 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
- 4 keping roti gardenia
- 3 biji telur gred A atau 4 biji gred B (dipukul & ditapis)
- 1 cawan air suam
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
1. Cara membuat gula hangus; masukkan gula ke dalam kuali,masak hingga gula jadi perang (menggunakan api kecil takut hangit)

2. Kemudian, masukkan 1 sudu besar air panas (berhati-hati gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Terus tuang ke dalam loyang,ketepikan.

3. Panaskan pengukus. Carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

4. Selepas itu, masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanila.

5. Blend sekejap bagi sebati. Tuang adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (40 min-1 jam). Sejukkan dahulu,barulah dipotong..

Harap dengan sharing resepi ni mendatangkan manfaat kepada viewer semua serta untuk diri sendiri..semoga menjadi motivasi untuk anggap memasak itu simple like a piece of cake..

# p/s  aku baru lega demam & sakit tekak..hase tehingin nak mam mam puding ni dengan buah peach..nyum3

Friday 23 January 2015

I'M BACK...



Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Setelah setahun aku menghilangkan diri, tahun 2015 ini, aku ingin kembali menceburi bidang penulisan di blogger ku ini.. sungguh, terasa gaya penulisanku semakin tumpul sejak meninggalkan universiti setahun yang lalu. al-maklumlah sibuk bebenar dengan urusan dunia..

Bila aku mula membaca entry-entryku yang lalu,rasanya ingin aku padam segalanya..segala yang pahit-pahit itu tidak mahu ku simpan lagi didalam blogku..tapi apakah daya, dogollah blog aku kalau ku delete semuanya..so, takpelah, simpan buat pekasam jelah..

**Sengaja aku tinggalkan kenangan lamaku supaya kesilapan yang lalu tidak berulang kembali..**.(bajet ayat meran,hihi)



20 januari yang lepas merupakan hari lahirku yang ke 22 tahun..terasa diriku semakin tua..namun aku masih lagi sama seperti dulu..tak matang dan masih lagi bergantung di bawah orang lain...aku berharap aku dapat mencapai azamku tahun ini...asalnya azam ni sejak beberapa tahun yang lepas lagi..tapi masih lagi tak tertunai dek sikap dan peribadi aku ini..semoga tahun ini menjadi tahun di mana aku dapat menonjolkan bakat-bakat serta attitude yang baik sepanjang tahun ini..

#p/s aku yang dulu bukanlah yang sekarang....akan ku rajinkan tanganku menulis entry-entry di blogku selepas ini..bermulalah hidupku sebagai blogger tegar kembali..huhuhui

Tuesday 8 October 2013

masa untuk ucapkan selamat tinggal!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera..
ini merupakan hari terakhir aku di tempat ini...tempat menimba segala ilmu sejak 3 tahun yang lalu..bermacam-macam yang sudah ku lalui selama disini...pahit getir,suka duka...di library sambil men''download'' movie2 sebelum pulang ke kampung halaman.....rindunya pada tempat ni nanti...tak tahulah adakah lagi waktu untuk ke sini lagi....kengkawan semua dah beransur balik..cuti kami cuma 1 bulan sebelum bermula practical selama 2 minggu setengah..

sebenarnya aku kurang rindu pada kawan2 ku..aku lebih rindu pada permandangan serta wifi disini..huahuahua..kejam doh statement ni...lepas ni jaranglah aku mengupdate blogger aku....sedey doh... T_T....paling sedih sekali tak bolehlah aku menikmati lagu hindustan serta movie dengan kadar semalaman....huahuahua....

harap2lah result nanti tak mengecewakan aku...sedey la kalau dapat result terok....sedih mak bapakku...aku naklah tengok time graduate nanti mak ngan bapak bahagia dengan keputusan aku..family is my priority....another things tu lain hari boleh kira....hehe

cobalt blue.....rindu padanya........aku takkan dapat lihat dia lagi...sedeyy....meskipun aku takkan nampak dia lagi,tapi ingatan aku akan tetap pada dia..aku tak nak ubah hati pada sesiapa lagi buat masa ini...biarlah terisi dengan bayangan dia sahaja...bila tiba masanya,aku pasti akan jumpa dengan orang yang sepatutnya...mungkin dia atau yang lebih dari dia,in sha Allah...






#p/s i will miss my roomate,housemate, classmate, and soulmate.....dan segala mate....yang pasti bukan mate...matik...sumpah seram dengan mate tu..hakhak

Sunday 6 October 2013

Last Payyyper.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...






harini merupakan hari terakhir untuk aku menduduki final exam ku...subjek kimia...subjek yang ditarukkan harapan sepenuhnya..meskipon subjek harapan, namun aku masih tak study lagi dek berikutan kepenatan yang panjang semalam...seharian aku dan juga kawanku bertukus-lumus dalam menjayakan jamuan makan antara kami....berbbq dengan kawan di rumah sewa..


boleh dikatakan ,ia akan menjadi salah satu kenangan dalam hidupku.. kawan-kawanku sudah mulai mengepos ucapan perpisahan di fb, twitter... tapi aku still steady...relaxlah ..last exam tak habis lagi...memang tak dinafikan agak sayu untuk meninggalkan bumi tempat kami menimba ilmu ni..tapi pertemuan dan perpisahan itu lumrah manusia...



Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar hidup aman sentosa
Moga kita berjumpa lagi lain masa



#p/s aku tak mula packing barang lagi..waduh2 banyaklah keja nak kena  urus nantii....apa yang penting,berjuang untuk lassttt payyypppper dulu...jyeeaah


Monday 30 September 2013

Debaran melanda..

assalamualaikum dan selamat sejahtera..





today is monday..hari pertama dalam setiap minggu dan juga merupakan hari pertama final exam semester ini...final kali ni juga merupakan final bagi final exam aku sepanjang berada di sini..selepas ni,tiada lagi exam dan kuliah di kampus lagi... perasaanku bahagia berbaur sedih..hiba dan teruja turut menerpa di dalam hatiku saat ini....

semalaman aku tak dapat tidur...insomnia agaknya aku ni..abah cakap aku ni gabra je lebih..biasalah symptom2 exam..kesimpulannya,studylah dari awal..jangan study di saat-saat akhir..setiap exam aku selalu cakap macam tu,tapi hakikatnya aku tetap ulang benda yang sama..haha...tak ambil pengajaran dari hal yang sudah berlaku..in sha Allah akan aku cuba di lain kali...



macam ni lah keadaan aku dalam dewan besar tadi.. sejibik haha...sedut semuanya di malam hari,pada masa menjawab soalan,aku muntahkan semua yang dah disedut semalam..kekeliruan tu yang menjadi punca aku tak boleh menjawab soalan...bantai jelah..hentam kromo..yang penting jangan ditinggalkan kosong ruangan jawapan ..mana tau lecturer baik nak tolong bagi sikit-sikit markah kan..hehe

#p/s abis menjawab,ginilah jadinya..stressss...nyesal dulu pendapatan,nyesal kemudian tak berguna.......time balik tetiba teringat kat CB...rindu serindu rindunya..kena fokus dengan exam dulu beb..caiyokkk!!