Friday 30 January 2015

Resepi nyum nyum..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bila tahun baharu,pasti semua orang ingin merangka impian dan azam tahun baru..aku pon ada sesuatu yang ingin di capai tahun ini..salah satunya ialah aku mahu belajar memasak dari bundaku yang tersayang..
Bukanlah bermaksud aku ni tak tahu masak langsung..but dalam proses memperkemas skil masakan yang asas...

Teringin rasanya harini nak share resepi makanan paling aku suka dan simple gila kaedah pembuatannya iaitu Puding Roti Karamel...

Bahan-bahan :
- 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
- 4 keping roti gardenia
- 3 biji telur gred A atau 4 biji gred B (dipukul & ditapis)
- 1 cawan air suam
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara :
1. Cara membuat gula hangus; masukkan gula ke dalam kuali,masak hingga gula jadi perang (menggunakan api kecil takut hangit)

2. Kemudian, masukkan 1 sudu besar air panas (berhati-hati gula panas). Kacau hingga sebati dan matikan api. Terus tuang ke dalam loyang,ketepikan.

3. Panaskan pengukus. Carikkan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.

4. Selepas itu, masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanila.

5. Blend sekejap bagi sebati. Tuang adunan tadi ke dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (40 min-1 jam). Sejukkan dahulu,barulah dipotong..

Harap dengan sharing resepi ni mendatangkan manfaat kepada viewer semua serta untuk diri sendiri..semoga menjadi motivasi untuk anggap memasak itu simple like a piece of cake..

# p/s  aku baru lega demam & sakit tekak..hase tehingin nak mam mam puding ni dengan buah peach..nyum3

Friday 23 January 2015

I'M BACK...



Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Setelah setahun aku menghilangkan diri, tahun 2015 ini, aku ingin kembali menceburi bidang penulisan di blogger ku ini.. sungguh, terasa gaya penulisanku semakin tumpul sejak meninggalkan universiti setahun yang lalu. al-maklumlah sibuk bebenar dengan urusan dunia..

Bila aku mula membaca entry-entryku yang lalu,rasanya ingin aku padam segalanya..segala yang pahit-pahit itu tidak mahu ku simpan lagi didalam blogku..tapi apakah daya, dogollah blog aku kalau ku delete semuanya..so, takpelah, simpan buat pekasam jelah..

**Sengaja aku tinggalkan kenangan lamaku supaya kesilapan yang lalu tidak berulang kembali..**.(bajet ayat meran,hihi)



20 januari yang lepas merupakan hari lahirku yang ke 22 tahun..terasa diriku semakin tua..namun aku masih lagi sama seperti dulu..tak matang dan masih lagi bergantung di bawah orang lain...aku berharap aku dapat mencapai azamku tahun ini...asalnya azam ni sejak beberapa tahun yang lepas lagi..tapi masih lagi tak tertunai dek sikap dan peribadi aku ini..semoga tahun ini menjadi tahun di mana aku dapat menonjolkan bakat-bakat serta attitude yang baik sepanjang tahun ini..

#p/s aku yang dulu bukanlah yang sekarang....akan ku rajinkan tanganku menulis entry-entry di blogku selepas ini..bermulalah hidupku sebagai blogger tegar kembali..huhuhui