Wednesday 17 July 2013

#swag!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..first entry ku selepas hampir sebulan aku memasuki semester baru..Khamis 18/7/2013 4 pagi aku starting berblogger...time orang nak bersahur pulak tu..hari ke 9 ramadhan .. for information,this is my last semester before i have to do practical and finish my study in diploma..pejam celik dah hampir 3 tahun aku di alam universiti..macam-macam yang aku dah rasa sepanjang berada di sini...haraplah di tahun akhir ni,kenangan yang sweet-sweet je yang tinggal..tak nak simpan kenangan yang pahit tu..

Malam tadi,aku menghadapi test pertama untuk semester ini..teknik dalam makmal kimia..question in subjective... buat la mana yang mampu..yang penting usaha...nak posting sikit pasal perasaanku hari ini..sembang-sembang dengan kawan buat aku teringat kenangan silam..kenangan yang cuba aku lupakan..dia ni buat aku feeling lain macam malam ni..buat aku tak boleh tidur malam..berkaitan dengan hati dan perasaan,ini memang sensetif bagi seorang perempuan.. aku tak nafikan aku juga punya perasaan..tapi memang sekarang aku buang fikiran dan perasaan tu jauh-jauh..demi pelajaranku...demi mak dan ayahku...demi mengejar cita-citaku.. 

kolam airmataku sudah pecah
tatkala kau menyapa senyuman di wajahnya
hatiku ini hancur berderai
bagaikan kaca jatuh ke lantai

hanya tuhan yang mengetahui
betapa bertaburan hatiku
bagaikan debu-debu yang dibakar
dan ditiupi angin bayu

ku percaya yang bakal menanti
jauh lebih baik,lebih matang dan melebihi segalanya darimu
berharap bayangannya sering berkunjung di ruangan mimpi 
kekaburan wajahnya,tetapi keutuhan jiwanya
mungkin dapatku rasakan di dalam mimpiku

ku hanyutkan kenangan yang lalu
bersama botol yang berisi rahsia 
rahsia perasaanku terhadapmu dahulu
di sungai yang paling terpanjang di dunia ini
agar tidak kutemui kembali
coretan kisah perasaan yang dahulu

#swag :lama tak buat coretan..so,agak broken sikitla ayat ni...hurmm
kesimpulannya,jangan cakap orang sewel..last2 kita yang sewel... sekian..

No comments:

Post a Comment