Tuesday 20 August 2013

#pray4egypt..

assalamualaikum dan salam sejahtera..

aku mulakan hariku dengan senyuman.. ^_____________^ senyuman yang selebarnya...kerana mendapat mimpi yang indah..hehe...memang patut pun kita mesti sneyum setiap hari apabila bangun dari tidur...ini salah satu cara kita nak memotivasikan diri...

dalam senyuman pun ada juga kegelisahan,kesedihan dan kekecewaan...aku katakan begini kerana aku sedih melihat saudara-saudaraku di mesir..apakah nasib mereka akan berterusan..? sedih bila aku tonton video kekejaman terhadap mereka...apa salah mereka sehingga dibunuh dengan kejamnya? berbunuhan sesama islam....tanpa sedikit pun belas kasihan...Ya Allah...semoga mereka yang gugur syahid mendapat syurga di sana kelak...jika tentera-tentera mereka menggunakan senapang dan peluru sebagai senjata,kelebihan kita sebagai orang islam ialah doa...doalah merupakan senjata yang satu-satunya yang kita mampu berikan kepada saudara-saudara kita di mesir...semoga Allah tabahkan hati mereka dalam menempuhi dugaan yang besar ini..

• Maksud Simbol 4.

1. Simbol 4 jari merupakan simbol mengenang medan demonstrasi Pro Demokrasi dan legitimasi Presiden Mursi di Medan Rabiatul Adawiyah (Rabi'ah) yang telah dihancurkan oleh rejim zalim tentera Mesir. Simbol 4 jari membawa maksud Rabi'ah. Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Oleh sebab yang demikian, (angka 4) dijadikan sebagai simbol mengenang peristiwa di Rabi'ah sekaligus membawa maksud keteguhan, kekuatan dan solidariti kepada manusia mencintai kemerdekaan.

2. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyep Erdogan bermula Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras 'massacre' yang dilakukan tentera junta Mesir terhadap penyokong Presiden sah yang mendapat legitimasi rakyat, Dr Mursi.

3. Simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Mursi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir.

Ayuh kita lancarkan PERANG MEDIA dan DOA ke atas kezaliman ini. Kedua-dua ini adalah senjata kita paling kuat yang mampu menembusi apa jua sempadan dan kita mampu melakukannya !

Ayuh, tunjukkan solidariti kalian! Sebarkan.

"Kamu cukup bertuah kerana menjadi seorang manusia dan dilayan seperti manusia, tidak seperti rakyat Mesir yang sudah dinafikan asasi manusia oleh mereka yang sudah hilang erti kemanusiaan !

You are lucky enough to be a man and being treated like humans, not like the Egyptians who have been denied their human rights by those who have lost their humanity !


Empat (rabi'ah) perkara dalam perjuangan menegakkan Islam:

1. Allah matlamat kami.
2. Rasul ikutan kami.
3. Al-Quran panduan kami.
4. Mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami!

Semoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam di Dataran Raba'ah, Mesir!

#CukuplahAllahBagiKU
#mesirkini
#R4BIA



No comments:

Post a Comment