Thursday 15 August 2013

E.R.A dilancarkan!!

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

harini merupakan hari yang dipenuhi dengan kemalasan berganda,mengantuk,angan-angan dan ke'blur'an yang menebal..mau rasanya aku lari jauh dari kehidupan aku barang sebentar..malas nak ambil tahu hal realiti...tapi apakah daya demi family tercinta dan memikirkan masa depan diri sendiri,aku cuba rajinkan diri..U CAN DO IT!!

harini jugak officially aku mengisytiharkan projek E.R.A....Emotion Restriction Arrangement!!  aku dan dua lagi kawanku terlibat dengan projek mengarut nie..idea tercetus dari NAA..tapi aku yang menambah rencah dan perasa..hekhek..projek ini mengenai kami tiga sekawan berjanji tidak akan terlibat dengan apa-apa perasaan suka @ cinta pada lelaki (crush) sehinggalah tamat pengajian kami untuk satu tahun lagi..bagi yang mengingkari terma dan syarat,dia akan memebelanja ahli-ahli makan la nanti...hehehe..

nampak agak-agak sewel,tapi benda nilah yang kawan aku buat time sekolah....inilah bakal jadi kenangan kami bersama nanti...lagipun aku memang tiada masalah ngan projek ni..aku on ja...padahal dalam hati ada terselit seseorang...tipu-tipu sikit la,bukan diorang boleh baca isi hati aku pon...hekhek

jauh dalam lubuk hati aku,mana mungkin aku lupakan CB...setiap hari terfikirkan dia...time naik bas,time nak tidur,time dalam exam...memang terbayang-bayangkan dia...hidup aku penuh dengan angan-angan..angan-angan jugak merupakan sebahagian dari aktiviti harian aku...so,sorry to say la....aku memang partially dalam E.R.A ni...yang pasti aku memang tak ada hati ngan lelaki lain..semoga setia pada dia sepanjang masa bujangku... ^_^


siapa,dimana,bagaimana dan bila
sering bermain dibenakku
fikiranku sering terganggu dengan persoalan ini

siapakah yang bakal mencuri hati ku ini?
adakah dia begini dan begitu?

dimanakah ku akan menemuinya?
adakah disana atau disitu?

bagaimanakah caranya ku akan bertemuinya nanti?
adakah dipenuhi dengan seribu senyuman atau beribu-ribu kemasaman mencuka?

bilakah  pula aku akan ketemunya buat yang pertama kali?
adakah jauh lagi jarak masanya atau sudah hampir masanya?

berulang-ulang kali persoalan ini berlegar dimindaku
mengharapkan akalku mampu untuk menjawab persoalan ini
tapi pada hakikatnya tidak tercapai akalku

kini kuserahkan semuanya
biarlah qada dan qadar yang berbicara mnegenainya
akan ku sabar menanti
karna kesabaran sesuatu yang indah
dan akan membuahkan sesuatu yang menguntungkan...
berdoa yang terbaik semoga
persoalan itu dijawab dengan jawapan yang indah

# p/s aku dah mula nampak projek ni akan jadi hangat-hangat tahi ayam....tapi aku tetap nak continue sebab nak bagi semangat kepada mereka-mereka ini...NAA dan ANA..

CBMU always.. xoxo..

No comments:

Post a Comment