Thursday 27 December 2012

Lihatlah ..

Assalamualaikum..
memandangkan harini hari yang agak spoil buat aku,so coretan aku kali ni macam nak tak nak je..but aku still nak tulis jugak..nie hobi aku,and tak de orang leh halang aku tuk jadikan blogger ni hobi aku.. kat sinilah aku nak luah perasaan aku..tapi blog yang ni aku hadkan pada perasaan awang-awangan aku je..tu pon banyak yang aku cuma ciptakan..bukan perasaan aku 100% pon.. just nak share imaginasi aku kat sini je..okay,so jangan nak judge aku ni macam-macam sangat la kan..



ku memandang sang bulan di langit yang biru
kelihatan beberapa bintang 
yang menyinar mengelilingi sang bulan
terdetik dihatiku
betapa indahnya ciptaan Yang Maha Esa
terasa betapa kerdilnya diri ini
di atas muka bumi-Mu ini

kenangan ini bagaikan terulang semula
bagai pernah ku lalui malam yang sebegini sebelum ini
malam yang terasa nyaman dan indah
pada hari khamis malam jumaat..

terimbas semula kenangan itu di dalam benakku
beberapa bulan yang lalu
kau dan aku merenung sang bulan yang sama
memerhati ciptaan Illahi ini
dengan penuh teliti
kita berdua bergurau senda
tanpa menyedari kepekatan malam yang mulai menjelma

ku akui aku amat merinduimu
merindui saat-saat itu
kepingin agar saat itu dapat diulang semula

kini kau jauh dariku
kita terpisah oleh jarak dan tempat
ku berharap kau juga merinduiku 
dan kenangan itu
sebagaimana aku merinduimu dan saat-saat itu


coretan ni khas untuk adik perempuan aku yang study jauh dari aku..so,memang betul kitorang merenung bulan. ingat orang bercinta saja ke yang renung bulan ni?? aku teringat time tu open house kat rumah mak saudara aku, lepas raya puasa. kitorang makan sampai ke tengah malam sebab tunggu satay ngan bbq tu nak masak.so,jangan nak salah anggap lah,yea... 

No comments:

Post a Comment